in

Semak Akaun KWSP 1 Dan 2 Melalui Aplikasi Telefon Pintar i-Akaun


Adakalanya timbul satu situasi dimana korang perlu menyemak info-info berkenaan dengan EPF korang. Sepertimana yang telah aku lalui sebelum ini apabila aku ingin mengeluarkan simpanan daripada akaun 1 KWSP untuk tujuan daftar haji dan pelaburan unit amanah.

Tak kurang juga pernah terjadi beberapa kali sebelum ini bilamana aku juga ingin menyemak status pengeluaran akaun 2 KWSP untuk tujuan pengurangan bayaran ansuran pinjaman perumahan.

Akses kepada info-info ini kadang kala agak sukar diperolehi dalam masa yang singkat sekiranya tidak diakses secara online. Namun, terima kasih kepada pihak KWSP kerana sedar akan permasalahan ini dengan mewujudkan portal yang membolehkan pengguna untuk mengaksesnya secara online dan pantas.

Bergerak seiring perkembangan teknologi yang berkembang maju, pengguna kini dimudahkan lagi dengan kewujudan aplikasi pintar KWSP, EPF i-Akaun dan lebih menarik lagi apabila baru-baru ini aplikasi yang itu hadir dengan versi yang lebih moden dan serba baru.

Aplikasi ini yang membolehkan pengguna untuk menyemak baki akaun termasuk Akaun 1 dan Akaun 2, ditawarkan secara percuma untuk semua . Untuk menggunakan aplikasi ini korang boleh memuat turunnya melalui pautan yang diberikan dibawah.

Nota: Sebelum menggunakan, korang perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun anda melalui kiosk di cawangan KWSP. Sekiranya akaun pernah diaktifkan, boleh terus log masuk.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply
  1. Setelah apa yang terjadi baru baru ni. Harapnya rakyat Malaysia tak perlu risau sebab adanya sistem yang telah disediakan .. so kena cakna la ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *