in ,

Seluar Pelikat HEYdotMY


Dari dulu sampai sekarang, aku ada satu tabiat yang agak pelik iaitu aku tak suka pakai kain pelikat!

Sebabnya, bukan aku benci kain pelikat ini.. Tapi aku tak suka cara pemakaiannya. Kain kosong ikat dipinggang. Pehhh.. aku rasa sangat tak selamat bila nanti secara tiba-tiba je ada orang yang dengki dengan kekacakan aku datang tarik kain pelikat, terus nampak macam ayam togel. Hahaha.

Tapi.. itu dulu la. Bukan sekarang.

Sekarang aku dah pakai kain pelikat. Cuma macam aku kata tadi, aku takkan pakai kain pelikat kosong. Yang aku pakai adalah seluar pelikat.

heydotmy-seluar pelikathafiz rahim

Hah? Seluar?

Ye lah.. Seluar. Asalnya kain pelikat yang dijahit menjadi seluar, itulah namanya seluar pelikat. Selesa, kemas, berkualiti tinggi dan bergaya. Tambah pula kalau pemakainya kacak. Memang mantap habis beb.

heydotmy-seluar pelikat-depan-hafiz rahim

heydotmy-seluar pelikat-belakang-hafiz rahim

Seluar pelikat ini merupakan produk keluaran HEYdotMY, pemiliknya seorang blogger juga. Namanya Ejam Othman.

Terima kasih pada beliau kerana memperkenalkan seluar ini pada aku. Aku dah jatuh cinta sangat. Kain serap peluh, pakai pun sejuk-sejuk je. Dan yang penting, tak ada rasa keselamatan tergugat. Dipinggang seluar ada getah dan tali, boleh ikat dekat perut untuk extra safety. Orang nak tarik pun agak susah. Hehehe.

heydotmy-model seluar pelikat-hafiz rahim

heydotmy-model kacak seluar pelikat-depan-hafiz rahim
Ini seluar baik punya!

So, sesiapa yang berminat untuk dapatkan seluar pelikat macam aku pakai ini.. Boleh hubungi bro Ejam Othman cepat-cepat ataupun terus pergi ke laman instagram HEYdotMY. Disana macam-macam design ada. Harga pun tak mahal, RM45 siap penghantaran pos.

p/s: Dengar kata ramai nak pakai seluar pelikat masa majlis #SBB2014 nanti. Seluar pelikat.. La.. La.. La.. La. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

17 Comments

Leave a Reply
  1. Hurmmm… memang kenalah dengan model macam bro nie…. so gua cabar lu pakai time SBB2014 nanti…. hahahaha…. Amacam , berani ker ?

  2. Gua dari dulu memang suka pakai kain pelikat.. Tak kisah g masjid ke kedai mamak ke or KFC…

    Tak lupa juga waktu tidur.

    Untuk pengaliran udara yang lancar dan pantas cepat bila bernafsu he..23x

Leave a Reply to Faizal Fredley Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *