Seriously eh aku baru je tahu kalau sesiapa ada anak-anak bawah 18 tahun yang sakit dan terpaksa jalani rawatan di HUKM atau di HUSM untuk sesuatu jangka masa yang tidak diketahui bila akan selesai, sebenarnya boleh apply untuk menginap di Ronald McDonald House.
Apa itu Ronald McDonald House?
Ronald McDonald House sebenarnya sebuah rumah kebajikan yang membenarkan family kepada anak-anak yang sakit tadi bermalam atau menginap disana. Tanpa ada bilangan hari minimum korang boleh menginap, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah (ada katil, ada tv, ada dapur), dan yang paling penting caj yang dikenakan serendah RM5 ataupun percuma (bagi yang layak).
So far di Malaysia dah ada sebuah Ronald McDonald House, yang mana ia dibina oleh pihak RMHC (Ronald McDonald House Charities) didalam HUKM itu sendiri pada tahun 1990, dan rumah yang kedua yang sedang dalam proses untuk dibina pula bakal dibuka di HUSM Kubang Kerian pada March 2019 nanti.
Rumah ini dari segi teknikalnya dijaga oleh pihak RMHC sendiri, cuma bagi tenaga pekerja dan hospitality Ronald McDonald House, urusan itu dijaga oleh pihak hospital.
Difahamkan bahawa tujuan rumah ini dibina oleh RMHC adalah bagi memastikan anak-anak tidak berjauhan daripada keluarga mereka sementara rawatan sedang dijalankan, dan dalam masa yang sama juga membantu mengurangkan beban keluarga akibat terpaksa berbelanja besar setiap kali hadir ke hospital untuk menjalani rawatan.
Yelah.. bila bercakap isu duit, kita kena faham bahawa bukan semua orang berkemampuan. Pesakit yang datang ke HUKM atau ke HUSM ini pulak bukannya dari kawasan yang berdekatan saja, malah ada yang datang dari beratus kilometer jauhnya.
Jadi menggunakan slogan “Keeping Families Close“, juga melalui projek Ronald McDonald House, ia adalah merupakan salah satu khidmat masyarakat yang disediakan oleh pihak RMHC kepada semua selain visi mereka menjamin pendidikan, kesihatan serta melakukan aktiviti aktiviti amal ke arah kesejahteraan masyarakat.
Cuma bilamana memetik semula bab penjagaan perkakasan dan peralatan, mesti korang agak curious dari mana datangnya sumber kewangan RMHC untuk jaga segala benda di dalam Ronald McDonald House tu kan?
Jawapan sebenarnya mudah je. Kalau korang perasan ada tabung kecil masa order makanan kat kaunter McD. Ya, itulah tabung sumbangan yang digunakan untuk mengumpulkan dana bagi melakukan maintenance harian ataupun bulanan. Setiap sen dikira walaupun ia bernilai 5 sen.
Manakala berkenaan dengan modal untuk binaan Ronald McDonald House kedua di HUSM nanti pula, antara salah satu usaha yang dibuat oleh pihak RMHC adalah dengan menganjurkan Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald seperti yang sempat aku jenguk baru-baru ini, dimana pada kejohanan itu sendiri mereka telah berjaya mengumpulkan hasil sumbangan sebanyak RM440,000 daripada badan-badan korporat dan individu yang menyertainya.
Merujuk kepada gambar ini mengingatkan aku tentang satu moment yang agak menyentuh perasaan aku ketika di majlis media kejohanan golf tersebut, bilamana melihat seorang bapa tanpa sengaja telah mengalirkan air matanya berkongsi cerita tentang pengalaman sukar beliau terpaksa mengorbankan tenaga, masa dan wang ringgit dengan berulang-alik dari Lukut ke HUKM demi memberikan yang terbaik buat kesihatan anak lelakinya yang menghidap Talasemia.
Mujurlah dengan adanya Ronald McDonald House ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga. Syukur, Alhamdulillah.
Sedikit fakta mengenai Ronald McDonald House
- Ronald McDonald House yang pertama dibina pada tahun 1990 di HUKM, Cheras.
- Ronald McDonald House kedua bakal dibina di HUSM, Kubang Kerian.
- Selain menyediakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan dan ruang untuk membasuh, Ronald McDonald House juga menyediakan bilik sensori untuk kegunaan kanak-kanak istimewa.
Latarbelakang RMHC Malaysia
- RHMC merujuk kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald
- Ditubuhkan pada Februari 1990
- Merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.
- Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM20 juta.
- Inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah:
- Program Kembali-ke-Sekolah melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019
- Program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir
- dan, pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa.
Nota: Orang ramai boleh memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. Maklumat lanjut berhubung perkara tersebut boleh didapati di rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation. Atau sekiranya korang mencari maklumat lebih lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, boleh layari laman web rasmi mereka di rmhc-malaysia.my.
Menarik .. Bagus la bila ada kemudahan cam gini . Sangat2 membantu org ramai yang memerlukan tambah2 lagi banyak benda nak fikir sekarang ni dengan kos hdup yg semakin memingkat . Terbaik McD .
Baru tahu gak.. Bagusnya!
Sehari RM5 tuu sangat membantu pada yang memerlukan.
Pertama kali tahu pasal rumah ronald mcdonald ni.
Ini membolehkan semua orang untuk memberi sumbangan dan ia akan dapat membantu meringankan bebanan bagi mereka yang memerlukan bantuan.
Tahniah McDonalds..bantuan dihulurkan pada golongan yang amat memerlukan .. terbaik !!