in

Segmen – Saya Mahu Ditegur


Alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang berblogging pula, biarlah sampai memuaskan hati.

Dah terlanjur seorang senior blogger menjalankan satu segmen percuma, aku rasakan cukup berguna jika aku mengambil kesempatan yang ada untuk turut serta bagi aku meningkatkan kualiti blog sendiri.

Segmen dikenali sebagai Segmen – Saya Mahu Ditegur, yang bermaksud setiap pembaca perlu memberi komen atau kritikan membina tentang apa sahaja yang berkaitan dengan blog peserta.

feedback

So, untuk membolehkan pembaca komen tentang blog HafizRahim.Com, ini sedikit cerita buat anda.

Bermulanya HafizRahim.Com adalah dengan menggunakan Blogspot sebagai platform untuk berblogging. Bernichekan caca merba dan sub domain kolarhitam.blogspot.com, aku rasakan mood blogging dalam diri aku tidak mencapai kepuasan seperti yang diinginkan.

Maka, selepas beberapa ketika..aku mula menggeledah semula ebook bagaimana membuat blog menggunakan self hosting yang pernah aku beli suatu ketika dulu. Melalui ebook itu, sedikit demi sedikit aku pelajari cara bagaimana ntuk membangunkan sebuah blog berplatformkan WordPress dan pada masa yang sama juga tentang kegunaan domain berbayar.

Comment

Alhamdulillah..kini WordPress sebati dengan jiwa. Walaupun tidak boleh dikategorikan sebagai pakar, sekurang-kurangnya yang terpampang dihadapan mata korang inilah hasilnya. Jadi, berbalik kepada topik asal..aku memohon rakan-rakan sekalian untuk komen seikhlas hati tentang blog ini. Jangan risau, i’ll take it as a positive feedback


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

19 Comments

Leave a Reply
  1. Bro memang peminat genesis kan?? Dengan child theme ni lebih pantas di buatnya, font pun besar, warna blog pun sesuai dengan kekacakkan bro.. ekeke..

  2. Anda memakai themes genesis, tak diragukan untuk speed maupun seo themes ini bisa membantu banyak. Rencananya saya mau ikutan gunakan genesis juga untuk blog niche saya ..
    Semoga blognya makin maju dan jaya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *