Pisang Cheese, beli dekat kedai makan selang beberapa buah daripada Az-Zahrah Islamic Medical Centre. Sedap rupanya.
Bau dia.. peh, menangkap kalbu. Patut la ramai yang tangkap leleh dengan pisang cheese ni. Kena pulak makan time panas-panas. Rangup.. rasa manis-manis lemak masin, campuran manis gula melaka, pisang dan lemak masin cheese.
Kalau ikutkan, kedai yang jual ni ada banyak perisa. Tapi aku beli yang biasa je dulu. Perisa lain, lain kali la kot. Sebab harga pun boleh tahan gak. RM7 bagi yang biasa. Hoho.
Tempat korang macam mana? Sedap? Harga lebih kurang ni tak?
Nota: Nak jimat buat sendiri pun ok gak, cuma aku tak berapa nak rajin la sebenarnya. Hahaha.
Tengok goreng pisang cheese ni memang menyelerakan.. rasanya mungkin sesedap makan cheese wedges. . Atau lebih sedap dari itu… hmmm.. tiba2 rasa lapar perut..
Kedai nie gerai tepi jalan je kan…. tapi ramai orang beratur panjang beli pisang nie
A’a..tepi jalan je bro. Dia macam stall yang menumpang kedai makan. Ramai beli. hoho
kalau letak coklat tu yang bertambah leleh tu ekekee
hu3..tak rasa muak ke bro makan goreng pisang dengan cheese
Mula2 aku fikir macam muak gak bro. Tapi bila dah makan, sedap la plak. hahaha
mesti ni mahal harganya. hoho
boleh cuba buat minum petang 🙂
Asal pisang je mesti Pisang cheese… sapa nak belanja saya angkat tgn… hehehe..
Assalamualaikum tuan Hafiz,
Pertamanya perkenalkan diri dulu sebab baru kali pertama melawat dan memberikan komen di blog ni.
Sedikit sebanyak yang saya baca tentang tuan di bahagian ‘Tentang Penulis” tu menunjukkan tuan dah lama dalam arena blogging.
Semoga dapat melakukan aktiviti networking dengan tuan di masa hadapan.
Kemain goreng pisang skrg kannn… siap ade aneka pilihan lagi… kerlassss… aku dah try skali tp tak sedap… nak kena cari tmpt yg btul2 ummphhh…
pernah gak makan kt Kota damansara..ok la yg tu. tak terlalu muak
bagi aku tak berapa best..lagi best kalau pisang goreng cicah sambal kicap..pehhh
haaaa… jumpa jugak kat seksyen 9 tu kan…
walaupun gerai ni dekat dengan ofis aku, tak pernah sekali pun aku singgah beli. T_T
pernah dah rasa..tapi kena makan cepat sebab cepat lembik..harga boleh tahan 🙂