in

Sedapnya Nasi Dagang Terengganu


Last entri pasal nasi dagang, 4 tahun lepas. Tahun ni? Alhamdulillah syukur, masih dapat rasa air tangan mak aku buatkan nasi dagang lagi. Resepi original dan asli dari Terengganu lagi. Makan nasi dagang dengan lauk ikan tongkol.. pehh terbaik dari ladang.

Haaa.. mak aku ni kalau dia nak buat nasi dagang tak kira waktu. Kalau dia terasa nak buat, dia buat je. Dan nak dijadikan cerita, Jumaat lepas masa aku balik kerja dia bagitahu esok pagi (Sabtu) nak masak nasi dagang. Jadi dia mintak semua anak-anak dia balik rumah datang makan.

Aku bila dah dengar nasi dagang, memang suka benor. Awal-awal pagi dah siapkan anak-anak nak pergi makan kat rumah mak aku. Sepinggan, dua pinggan.. tambah sesenduk lagi. Aih syok lak lama tak makan. Hahaha.

Tu la kan.. betul orang kata, dalam banyak makanan sedap-sedap kat kedai makan semua tu.. sebenarnya masih tak dapat nak lawan apa yang mak kita masak. Masakan mak paling best.

By the way, buat korang yang tak tahu.. mak aku ada terima tempahan nasi dagang. Dah lama dah dia buat bisnes kecil-kecilan ni. So, kalau korang nak merasa nasi dagang terbaik Terengganu.. boleh contact mak aku okay – Mak Ani (012-3599765) ataupun (019-6022185).

Nak tempah nasi dagang untuk apa? Kenduri boleh, nak makan sendiri boleh.. nak tempah nasi dagang untuk open house pun boleh. Ikut korang la nak macam mana pun. Heee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Ada rasa nyesal pulak masuk ni, PKP ni la muncul nasi dagangnya. Jauh nak balik Ganu tu. BTW mak ani buka kedai di memana ke? boleh menyantap nanti.

Leave a Reply to aziana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *