in ,

Sedapnya Ayam Flaming Koli Di The Chicken Rice Shop


Lama tak pergi makan kat kedai kan sejak PKP ni. Semalam, bila rasa keadaan dah reda sikit.. terus ajak wife dan anak-anak pergi makan dekat The Chicken Rice Shop. Kebetulan pula diorang ada keluarkan hidangan istimewa baru sempena dengan sambutan Deepavali, Flaming Koli namanya.

Flaming Koli, sebuah hidangan istimewa yang pedas dan enak. Lagi diperkayakan dengan rempah ratus. Ada beberapa orang kawan aku dah pernah cuba menu ni, katanya sedap. Jadi alang-alang bila kawan dah kata sedap dan hidangan pun dah ditawarkan depan mata, dah semestinya aku teringin nak cubanya jugak kan. Hehehe.

Penawaran set hidangan ini bermula dengan harga RM20.90. Apabila dipesan, korang akan menerima 2 ketul ayam Flaming Koli berserta nasi ayam, soup of the day serta sayur Pak Choy yang dimasak dengan Oyster Sauce.

Ataupun sekiranya korang ingin memesan melalui tawaran set makan tengahari yang lebih murah (untuk weekdays), korang boleh membuat tambahan RM6 pada menu Good Lunch untuk menaik taraf menu ayam biasa kepada Flaming Koli.

Bagi aku satu set Flaming Koli ini dah cukup untuk mengenyangkan perut. Ini kerana saiz portion yang diberikan, just nice. Manakala rasanya masakannya yang pedas-pedas manis dan gorengan ayamnya yang rangup pula membuatkan selera makan korang meningkat. Sekaligus tanpa sedar, korang akan makan sedikit demi sedikit sampai habis licin didalam pinggan. Hee.

Jadi, betullah The Chicken Rice Shop berpegang teguh pada slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’ dimana mereka sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai. Melalui hidangan Flaming Koli ini mereka telah membuktikan bukan sahaja slogan itu dipenuhi, malah turut menyinari perayaan cahaya dengan hidangan yang tidak dapat dilupakan.

By the way, hidangan Flaming Koli ini ditawarkan untuk masa yang terhad (dari 21 September 2020 sehingga 15 November 2020 sahaja ). Untuk mengelakkan korang terlepas untuk menikmatinya, silalah pergi ke cawangan The Chicken Rice Shop yang terdekat cepat-cepat ye. Takut lambat-lambat nanti dah tak ada. Sekiranya korang perlukan maklumat lebih lanjut mengenai menu Deepavali ini ataupun promosi-promosi lain, korang boleh juga kunjungi laman web www.thechickenriceshop.com ataupun layari laman Facebook mereka di www.facebook.com/thechickenriceshop.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Bro Framestone Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *