in ,

SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013


Sama seperti dalam entri bro Titan, aku pun turut sekali hadir ke SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013 yang diadakan di Berjaya Times Square Hotel baru-baru ini.

Pukul 8 pagi ditengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur , hari minggu pulak tu.. Pehh..sememangnya suatu keadaan yang mencabar kejantanan aku untuk meninggalkan sementara nikmat tidur semata-mata untuk hadir ke sesi ilmiah ini.

Tapi nak buat macam mana..aku kan blogger yang jenis suka attend event. So, layankan aje.

seda logo

Sebenarnya workshop ini yang memfokuskan tentang peranan SEDA Malaysia (Sustainable Energy Development Authority Malaysia) sebagai sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab dan diberi mandat untuk mentadbir dan menguruskan perlaksanaan mekanisme Feed-in Tarif (FiT).

Apa itu Feed-in Tarif? Hmm..yang ini kalau nak aku cerita panjang, aku akan ceritakan didalam entri lain. Sebab topiknya agak berat untuk dihadam. Apa yang aku boleh katakan, jika bil elektrik korang melebihi RM77..maksudnya korang tergolong dalam pembayar FiT ini.

Cuma apa yang aku ingin kongsikan buat masa sekarang adalah objektif mereka sebagai SEDA adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy) sebagai salah satu jalan penyelesaian kearah pemuliharaan alam sekitar dan dunia yang lebih sihat.

Tenaga-tenaga yang dimaksudkan termasuklah Biogas, Biomass, Small Hydro dan juga Solar PV. Pendek kata yang melibatkan tenaga elektrik. Sebab itu aku ada sebut bil elektrik tadi.

Secara jujurnya, sebelum aku menghadiri workshop ini..ilmu aku tentang sumber-sumber tenaga sebegini begitu terhad. Sepatah haram pun tak faham sebenarnya sebab aku kan dulu belajar mechanical engineering. Sehinggakan kalau ada orang reka cerita pun, aku iyakan sahaja.

SEDA blogger discussion
Fokus..fokus..

Tetapi selepas mendengar apa yang diterangkan oleh YBhg. Datin Badriyah Hj Abd Malek (CEO SEDA) dan Dr. Wei Nee Chen (wakil SEDA), baru aku tahu apa maksud dan kelebihan setiap satu daripadanya didalam aspek mengekalkan “kesihatan” alam sekitar disamping ianya juga mampu menjana pendapatan sampingan kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini. Part buat duit ni serius memang syok.

SEDA CEO
Dr. Wei Nee Chen bersama YBhg. Datin Badriyah Hj Abd Malek

Yerp..dunia semakin hari semakin nazak. Isu yang paling membimbangkan adalah “climate change“. Rasanya semua orang perasan akan situasi ini. Kalau 10 tahun dulu, setiap kali mandi pagi memang akan terasa sejuknya sampai mengigit tulang. Tetapi berbeza dengan sekarang..mandi pagi sejuknya biasa-biasa je melainkan hujan baru lepas turun membasahi bumi.

Effect of climate change

Global warning..itu maksud aku yang sebenar. Seluruh pelusuk dunia akan terkena tempias. Dah tak boleh lari. Maka untuk mengurangkan kesan global warming ini, beberapa pelan tindakan secara global perlu dijalankan dan salah satu cabang kecil daripadanya adalah dengan mewujudkan sistem FiT ini.

Bumi ini semakin tua maka kita perlulah memelihara dan memuliharanya untuk keselesaan generasi-generasi akan datang. Takkan nak biar je sampai dunia jadi macam dalam cerita Wall-e pulak kan.

Laman web rasmi SEDA : www.SEDA.gov.my

Sebelum ending..nah tengok gambar-gambar candid yang sempat dirakamkan.

SEDA-Ceo
CEO SEDA sedang berucap
SEDA workshop
Blogger-blogger kacak tengah fokus mendengar
Seda Blogger Workshop
Team super power..cuba teka siapa blogger perempuan tu?
Blogger in SEDA
Power oo dia ni speaking..rasa macam duduk kat Australia
Seda Bloggers
Group photo SEDA bersama blogger
SEDA_ceo
Sebelum balik temuramah dulu ye Datin
Food porn
Last sekali..paling penting..gambar makanan. Nyum..nyum!

p/s: Nanti akan dapat invitation untuk ikut pihak SEDA ke tapak-tapak projek renewable energy ni..Syoknya.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

19 Comments

Leave a Reply
  1. banyak ilmu boleh dapat join workshop ni. “climate change”, sekarang mandi pagi tak yah pakai heater pun ok, air tangki dah suam….heeee

  2. salam sedar makin panas hari makin cepat berlalu..sabarlah hati bila begini jangan salahkan sesiapa diri sendri juga banyak silapnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *