in ,

Seafood Crab Hut, Order Online Pun Boleh


Siapa tak suka seafood, memang rugi besar. Seafood, bagi aku sangat sedap oooo. Lebih-lebih lagi jenis-jenis seafood seperti ketam, lobster, udang ataupun yabbies.. Pendek kata, kalau nampak spesis-spesis seafood ni depan mata, memang akan habis aku bedal.

Kali terakhir aku makan seafood banyak-banyak ketika menjamu selera di Brolly yakni beberapa minggu lalu. Brolly, sebenarnya restoran “adik beradik” kepada Crab Hut, cumanya yang membezakan diantara kedua-dua restoran ini adalah lokasinya yang berlainan.

Outlet Crab Hut, di Cyberjaya. Manakala outlet Brolly, di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Kedua-duanya restoran ini pernah aku jejakkan kaki ke sana, tapi.. itu pun lama punya cerita daaa. Seafood-seafood yang aku makan pun dah lama keluar balik. Hahaha.

Disebabkan dah agak lama tak makan seafood dan timbul pulak rasa “mengidam”.. Maka, aku pun bercadang nak ajak puan isteri ke salah sebuah restoran ini.

Tapi dalam hati.. malas nak start kereta. Hmm..

Jadi, disebabkan kemalasan aku itu.. aku merajinkan diri untuk go through website Crabhut.asia.. Manalah tau, kot-kot ada servis delivery. Yelah, sekarang kan dunia online. Semua benda dihujung jari.

Dan..

Crab Hut Asia

Sejurus je website dibuka. Ahaa.. langkah kanan aku disitu. Rupa-rupanya diorang ni baru je upgrade servis dengan menyediakan online delivery la pulak. Dalam hati, pehhhhh.. memang kena sangatlah dengan situasi aku. Bagaikan orang mengantuk, disorongkan bantal.

Tanpa segan silu, terus je aku bagitahu wife nak order online.. lalu dia pun mengiyakan.

Senang. Jimat tenaga, jimat duit minyak. Makanan serupa je, takde beza apa pun. Bijak tak aku? Hahaha.

Cara-cara membuat pesanan online

Disebabkan dah dapat greenlight daripada puan isteri untuk order online, maka aktiviti sekarang adalah membuat pesanan. Dan cara-cara untuk membuat pesanan online, aku ada terangkan didalam gambar-gambar dibawah. Sila klik pada gambar.

Yang bagusnya tentang servis delivery Crab Hut ni, diorang akan kemas kini status penghantaran makanan.

Crab Hut Delivery Status

Maksudnya, bila makanan dah ready to deliver ataupun dah bertolak ke kawasan penyerahan makanan, korang akan dapat 1 email mengatakan runner dah on the way ke sana.

Jadi disini, korang boleh agak sendiri lah kan bila masa makanan tersebut akan sampai (walaupun dalam kes aku, agak terlewat sikit. Tapi tu tak ada hal, sebab aku tahu kawasan Bangi memang makin sesak. Hahaha).

Kondisi makanan diterima dalam keadaan baik dan masih suam-suam. Bila bukak je plastik.. Pehhh, aromanya memikat kalbu.

Hinggakan masing-masing tak sabar menunggu dah nak makan. Hahaha.

Before Meal - Crab Hut Online Delivery
Dalam plastik tu ketam gemuk. Yang lain, side menu.
Side menu Crab Hut
Yummy! Yang petak-petak comel tu namanya mantou
Hafiz Rahim-Crab Hut
Kasi tuang dulu pelan-pelan atas meja..
Meat Crab_Crab Hut Online
Ketam gemuk. Tunggu ko, aku makan kejap lagi!
Hafiz Rahim_Crab Hut
Khair nak makan ketam, tapi dia takut tengok sepit besar sangat. Hahaha
Hafiz Rahim-Crab Hut Online Delivery
Cengkerang ketam pun sedap boh!
After meal - Crab Hut Online Delivery
Huh.. Licin. Jangan tanya kenapa ada lesung kat situ. Kuakuakua

Haa.. Nampak? Punya lah sedap. Habis semua. Tinggal sikit-sikit lagi tu sebab tak larat dah nak telan. Banyak sangat. Kalau dalam loghat orang Terengganu, kitorang kata.. “Se’eh”. 😂

Jadi, kepada korang kalau-kalau terliur jugak nak makan ketam gemuk macam aku makam tu ataupun mengidam nak lobster ke, boleh buat pesanan di website crabhut.asia.

Nak lagi best, masa korang check out.. Masukkan kod voucher ” HAFIZR ” dan korang akan menerima diskaun sebanyak RM100 bagi setiap pembelian RM300 keatas. Yeay.. Baik hati kan. Hehehe.

Untuk makluman, online delivery ni bukan sahaja terhad kepada Crab Hut.. Malah untuk Brolly dan Crab Factory juga ada servis dan promosi yang sama.

p.s: Kod voucher aku bagi tu bukan valid sampai bila-bila. Expiry date dia 30hb Jun 2016 dan ianya untuk 50 orang yang pertama sahaja bagi setiap outlet. Jadi, kalau korang nak makan ketam gemuk dengan harga yang lebih murah.. sila pergi order sekarang. Lambat, korang rugi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *