Sayang Anak Pukul-Pukul Kan

Perghh tajuk! Sekali imbas mesti ramai yang akan terfikir, kejamnya nak pukul anak. Tak dinafikan ada golongan ibu bapa yang suka pukul anak. Tapi maksud Hafiz bukan macam tu. Takkan lah Hafiz saja-saja nak pukul anak kalau dia tak buat apa-apa kesalahan.

Ibu Hafiz pernah berpesan, “Tak salah nak manjakan anak. Tapi kalau manjakan tu biarlah bertempat, jangan sampaikan anak berani pijak kepala kedua ibu bapanya“. Contoh yang senang kita ingat, melalui filem “Anakku Sazali” arahan Tan Sri P.Ramlee. Menceritakan tentang seorang anak yang diberikan kasih sayang dan kemewahan tanpa sedikit teguran walaupun selalu buat perkara-perkara yang tak betul. Akhirnya, anak tersebut membesar menjadi anak yang derhaka dan biadap.

Macam Hafiz sendiri, Hafiz akui adakalanya bila diri sendiri ada buat kesalahan mesti kena marah dengan mak ayah. Marah tu sebenarnya tanda kasih sayang. Dari kecil mereka bersusah payah jaga kita, mesti lah bila ada sesuatu yang mampu merosakkan anak mereka diorang akan halang. Kita pulak sebagai anak, jangan lah terlalu ikutkan perasaan dengan menganggap kekangan dan sering dimarahi ini adalah kebencian yang dilontarkan kepada kita.

Mak ayah mana yang tak sayangkan anak.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 2 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Copy content a.k.a Plagiarisme

    Lamborghini Pakai Buang