Saya Pemalu

Semenjak dua menjak ni dah pandai malu dah sekarang. Kalau nak buat projek je, mesti cari port yang sunyi-sunyi sikit. Tak lalu dah nak buat projek depan-depan orang ramai.

Cari port bawah tangga, hujung-hujung je duduk.
Cari port bawah tangga, hujung-hujung je duduk.

Sambil tangan pegang handfon, dia bawak diri jauh-jauh. Kalau tak dapat handfon pun, bawak bantal busuk pun jadi lah.

Dah siap buat projek, baru datang cari ibu atau daddy. “Dah.. dah” katanya. Bagi hint kat ibu atau daddy untuk bersihkan projek yang dia buat. Hahaha. Korang yang baca ni dapat agak tak Khair buat projek apa?

Start dengan huruf B*****.

p/s: Simpan entri ni untuk bacaan Khair bila dah besar nanti. Harap-harap dia tak marahkan daddy bocor rahsia dia. Hahaha.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

9 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anak Suka Mengamuk? Ini Jalan Penyelesaiannya

Info Penting GST 2015