in

Satu Keluarga Berjangkit Sakit Mata!

Walaupun sakit mata, gaya tu kena ada. Hahaha

Habis semua orang dah kena sakit mata. Beberapa hari lepas baru bajet nak jaga Khair elok-elok supaya dia tak berjangkit. At last, semalam masa balik sekolah nampak mata dia dah merah-merah.

Dalam hati. Demm! Kuajaq punya kuman. Habis satu family aku kau attack. Kejam betul.

Untuk rekod, berjenis ubat bersilih ganti kat rumah. Dan kalau ikutkan treatment pula, kitorang dah pergi dua klinik untuk hilangkan sakit mata masing-masing. Satu klinik khas untuk sakit mata, satu lagi klinik biasa. MC daddy dan ibu pun dah bersambung-sambung.

Lantaran tak tahan punya pasal (bukan tak tahan dapat MC banyak, tak tahan mata tak selsesa).. final decision adalah dengan meminta referal letter dari klinik biasa untuk dirujuk kepada pakar mata di KPJ. Bawa semua sekali.. aku, isteri, Khair dan juga Haziq.

Walaupun sakit mata, gaya tu kena ada. Hahaha

And yes..

Keputusan yang dibuat, agak tepat. Pakar mata di KPJ yang attend kes kitorang explain..

Mata Haziq sepet sebelah

Mata Haziq dah ada membrane (selaput putih) yang menyebabkan bengkak matanya tak surut-surut. Doc decide on the spot untuk buat clean up. Dikorek-koreknya sikit mata Haziq dalam beberapa saat, kemudian.. haa, macam agar-agar dikeluarkan dengan cotton bud basah yang mana membrane tersebut berkumpul dibawah kelopak mata Haziq bawah dan atas (sorry guys, tak ada gambar nak tunjuk.. pihak KPJ tak bagi snap gambar).

Seriously, sepanjang hidup 31 tahun, ini baru first time daddy tahu dan dapat tengok ada selaput mata menebal akan berkumpul kalau dah lama seseorang itu sakit mata.

Mata ibu dan mata daddy pula, tak sekritikal mata Haziq. Cuma bengkak merah dan mata berair non stop macam paip bocor. Hahaha

Ngeri tengok mata sendiri

Untuk itu doc decide untuk proceed bagi ubat baru. Satu ubat untuk bersih dan lembapkan mata (Hialid 0.1 eye drops – Sodium hyaluronate 0.1%), satu ubat antibiotik (Cipmax Eye Drops – Anti-infectives Ciprofloxacin HCI), satu ubat kurangkan radang mata (Maxidex Dexamethasone 0.1%) dan satu lagi ubat tahan sakit (Olfen – 100 SR). Tapi, ni ada sedikit pengakuan jujur.. ubat baru yang KPJ bagi tadi agak pedih. Titik je dalam mata tadi, pehhh.. ngilu woi. Sabar je la.

Manakala untuk kes Khair, dia paling mild. Disebabkan dia baru je sakit mata semalam, so doc suggest untuk pakai ubat yang Haziq guna sebelum ni. Itu pun dah cukup kuat bagi dia. Cuma in case kalau tak ada tanda-tanda berkurangan, doc akan bagi ubat baru masa follow up next week.

Fuhh.. dalam sejarah hidup, kali ini merupakan hari yang paling lama aku MC. Total MC yang aku dapat sejak 1st day sakit mata dah 1 week plus. Hohoho


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Kasihan kalau kena.. Sakit mata.

    Orang pun tengok pelik.

    Saya pernah MC 3 hari sahaja bila kena sakita mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *