Entri pasal positif Covid-19 ni panjang. So aku ringkaskan dengan buat kronologi supaya mudah korang baca dan tak rasa bosan.
22 Feb 2022 – Balik kerja mula-mula tak sedap badan, sakit tekak dan rasa macam nak demam. Lepas maghrib terus pergi klinik, ambil ubat. Ingatkan demam biasa, so buat tak tahu je la. Tapi malam tu, badan tiba-tiba demam gigil-gigil. Tak pernah lagi aku demam gigil macam ni.. Selimut pun masih gigil. Wife perasan masa tengah tidur, dia bangun.. letak tangan kat dahi. Panas katanya. Aku.. Masih lagi tak syak apa-apa.
23 Feb 2022 – Esok paginya awal-awal lagi dah pergi klinik. Cakap kat doktor, saya dah ambik ubat semalam. Cuma nak mintak MC sebab SOP kat pejabat tak benarkan staff masuk kerja kalau tak sihat. Doktor sporting dan dia pun memang dah sedia maklum situasi macam aku tu mana-mana majikan yang waras takkan bagi masuk kerja. Lalu terus dia offer nak bagi MC untuk 2 hari.
Tapi disebabkan aku rasa demam aku tu demam biasa-biasa, aku bagitahu doktor nak ambil MC sehari je . Kot-kot la petang nanti demam kebah dan sakit tekak hilang. Biasanya gitu la.. aku sakit tak lama.
Tapi.. nak dijadikan cerita, sampai ke malam demam aku masih lagi tak berkurang. Tekak masih lagi sakit walaupun ubat sakit tekak dah nak habis dua papan. Tidur malam dah tak menggigil tapi masih lagi terasa lesu badan. Bila malam je dia start panas balik.
24 Feb 2022 – Keesokan paginya pergi klinik lagi sekali. Bagitahu doktor nak sambung MC sebab belum betul-betul sihat. Doktor lain sebenarnya yang attend aku hari ni. Tapi dia pun setuju jugak sambung MC sebab dia tengok memang aku tak sihat. Cumanya kali ni doktor kata, dia bagi sambung lagi 2 hari terus. Sampai jumaat. Untuk standby katanya. In case hari ketiga demam masih tak kebah, dia pesan datang klinik untuk ambil darah pulak. Aku.. iyakan aje.
Malam ketiga, demam masih ada.. tapi on off.. bila makan panadol dia hilang. Habis kesan panadol, dia demam balik. Sakit tekak, masih lagi terasa. Tapi aku rasa better la dari hari pertama dan kedua. Jadi dalam hati aku dah decide nak masuk office sebab aku rasa demam aku ni dah tak teruk macam awal-awal hari tu.
25 Feb 2022 – Bangun pagi, cari swab test kit sebab SOP nak masuk office kena buat ujian Covid kat rumah dulu. Precaution katanya. Dalam 5 minit pertama result swab test tu, nampak hanya 1 line. Aku pun senang hati. Dalam hati Alhamdulillah, bukan Covid-19. So aku pun pergi masuk mandi dan uruskan anak semua.
Tapi.. Lepas 15 minit dah habis mandi pakai baju semua, kebetulan aku nak cuci botol Aidan. Jenguk lagi sekali tempat aku letak test kit tadi. Alangkah terkejutnya aku bila 2 line muncul. Pergi hendap betul-betul untuk sahihkan result..
Aduhhhh.. sah.
Aku positif Covid-19. Saliva test kit aku dua line. Cumanya yang line kedua nampak tak berapa terang. Terus berdebar. Aku pakai mask. Masuk bilik, bangunkan isteri.. duduk jauh sikit dan terus cakap kat dia.. “Abang positif, kena kuarantin terus dalam bilik ni“.
Wife tengah tidur terkejut, tapi mengiyakan.
So bermulalah kuarantin kendiri aku. Dengan baju kerjanya masih lagi terpakai, mask pun masih kat muka. Aku semacam blur kat dalam bilik sorang-sorang. Terus aku whatsapp Khair yang dah pun bangun tidur waktu tu, aku cakap “Sori, abang tak boleh pergi Kafa. Abang close contact”.
Dia pasrah, menangis jugak sekejap sebab hari tu dah last day untuk Kafa sebelum cuti sekolah. Haziq pun sama, dah siap pakai baju tapi tak boleh pergi taska. Hohoho
Lepas dah kuarantin kendiri, bermulalah episod aku mampu dengar je anak-anak bising kat bawah. Agak tak keruan sebenarnya bila dengar wife pun dah stress sebab nak kena handle anak-anak seorang diri.
Dalam hati, terdetik.. kalau lah semua positif.. kan senang aku boleh jaga anak. Gitu lah perasaan aku. Personally baru aku tahu perasaan sebenar orang yang terkena jangkitan Covid-19. Semua urusan jadi susah.
Lepas bertapa seorang diri dalam bilik kejap, ada masa yang cukup panjang untuk aku fikir balik bila aku last contact dengan anak-anak. Dan masih teringat dengan jelas, semua anak-anak dan isteri last contact dengan aku baru je beberapa jam yang lalu.. terus hati rasa tak sedap.
Aku whatsapp wife, aku kata “Pakai baju la siap-siap. Kita semua pergi buat swab test kat klinik untuk sahkan siapa positif”. Sebab aku yakin dalam diri, semua dah positif sebab dah memang terlalu close contact dengan aku. Anak-anak kat rumah kalau dengan aku, peluk-peluk.. cium.. kongsi makan.. itu biasa. Jadi aku yakin anak-anak pun positif sama. Wife setuju dan diorang terus siap-siap.
Dalam setengah jam, wife dan anak-anak dah ready ke klinik. Aku suruh masuk kereta.. pakaikan diorang mask siap-siap.. aku pun pakai mask sekali. Kitorang pun gerak. Mujurlah ada klinik berdekatan yang caj swab test RTK dan PCR murah-murah, so bawak walk in je.
Seorang demi seorang buat swab test. Anak-anak buat RTK je, aku dan wife buat PCR.
Dup dapp.. dup dapp.. sambil berdebar tengok anak buat test dan tunggu result. *Untuk RTK boleh dapat result on the spot sebab tak perlu hantar sampel ke lab.
Dan disebabkan dapat tahu on the spot, time tu jugak sebenarnya dapat tahu bahawa anak-anak pun dah positif sebenarnya. Yes, betul jangkaan aku.
Tak nafi dalam hati walaupun sedih sebab positif Covid.. tapi ada jugak rasa lega, sebab dah boleh urus anak. Dan lebih lega sebab anak-anak tak ada apa-apa gejala pun.
Long story cut short, result PCR wife pun dapat selepas 48 jam. Maka 27/2/2022.. Tepat seperti jangkaan aku, wife pun positif jugak. Cumanya dia sama macam anak-anak, tak ada apa-apa gejala.
Bila semuanya dah positif, nak buat apa lagi. Jawabnya kitorang kuarantin bersama-sama je la. Special leave 7 hari. Hohoho.
Cuma special case kat Aidan, sebab dia swab dapat result negatif.. tapi masih jugak dia duduk sekali bercampur dengan kitorang. Yelah, dia baby kot. Walaupun sekadar close contact, takkan aku nak asingkan dia seorang diri dalam bilik. Berak pun dalam pampers lagi. So tak ada asing-asing. Duduk je bergaul dengan kitorang walaupun negatif.
Cumanya Alhamdulillah, kuasa Allah kan. Walaupun bergaul.. dia sikit pun macam tak luak. Tak ada gejala, masih tak positif. Check lepas habis kuarantin pun masih negatif. Dah imun budak ni nampaknya. Hahaha
I am sorry to hear that bro. Like you have said, at least nothing serious is happening to your family members. Get well soon.
syafakalllah untuk awak sekeluarga…
saya tak sure komen saya muncul atau tidak. tp sy komen ni just utk pengesahan awak je