Satay Tulang, Makan Sekali Nak Lagi

Satay, ada bermacam-macam jenis. Yang paling popular, satay ayam dan satay daging. Tapi.. pernah tak korang dengar satay tulang?

Ahaa.. nak dijadikan cerita..

Satay tulang, aku dah bawak family aku pergi mencekik tempoh hari. On the way balik dari Legoland.. Sedang aku pandu kereta, tiba-tiba je terlintas difikiran nak makan satay tulang.

Alang-alang dah memang akan lalu tempat nak makan satay tulang tu, jadi terus je aku buat lencongan.

Lokasinya di No 123G, Jalan Komersial 5, Dataran Senawang. Berdekatan dengan Giant Senawang.

Satay Tulang Jelebu

Untuk makluman, ini bukan kali pertama aku makan satay tulang. Dah pernah beberapa kali dah pun.

Kali pertama aku kenal satay tulang, semasa aku menghadirkan diri ke Expo FAMA di Putrajaya beberapa tahun dulu.

Di situ, aku ternampak ada orang jual satay tulang, jadi aku beli untuk cuba rasa.. Dan ternyata, rasanya memang memikat hati aku. Sedap ooo.Satay Tulang

Satay Tulang Jelebu Sedap
Satay tulang: RM1.20 secucuk, Nasi impit: RM1.00 seketul

Cuma, bila sebut satay tulang.. korang jangan expect macam satay biasa pulak. Satay tulang, ada banyak tulang.

Menikmati Satay Tulang

Bagi puan isteri, ini kali pertama dia makan menu pelik ni. Tapi, hasil daripada kunjungan kitorang ke gerai satay tulang tempoh hari, dia sendiri pun suka makan satay tulang.

Siap bagitahu, lepas ni nak datang lagi.

Makan Satay Tulang

Fuhh.. nasib baik lah tempat ni tak berapa jauh dari Bangi. InshaAllah, aku akan cuba turutkan hajat. Hahaha.

Berbeza dengan Khair, awal-awal lagi dia reject. Letak je satay tulang atas meja, perkataan pertama yang keluar dari mulut dia..

Eeee.. ada hitam. Adik tak nak.

Hafiz Rahim Makan Satay Tulang

Hahaha.. itu kan “satay” sayang oi. Ada rentung hitam sikit-sikit tu standard la, dah nama pun bakar satay. Mana ada satay flawless. Adoyai.

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Salam Browser Melindungi Diri Anda Daripada Aktiviti Melalaikan

Izeara Xtravaganza Bukti Orang Kita Cepat Melenting