in

Satay Menara Sedap


Satay Menara, antara kedai satay yang baru bertapak di Bangi. Menyediakan menu satay yang agak berlainan dari kedai-kedai satay yang lain dan ianya terletak berhampiran dengan stesen bas Jalan Reko.

Satay Menara-Hafiz Rahim

Beberapa hari lepas, aku bersama beberapa kenalan blogger sempat berkunjung ke sana untuk mencuba sendiri satay yang didatangkan khas dari Batu Pahat, Johor ini. Salah seorang daripada kami ialah Hazman Fadzil, iaitu food blogger melayu yang popularitinya semakin hari semakin meningkat naik.

Satay Menara-Hafiz Rahim-Blogger

Resipi turun temurun

Menurut pemilik gerai Satay Menara, Encik Mizan Mahram, satay yang dijual disini adalah hasil daripada resipi kedua orang tuanya. Diproses 100% oleh keluarga yang berpengalaman selama 13 tahun di Johor sebelum satay mentah dihantar ke Bangi untuk jualan.

Satay Menara-Owner-Mizan Mahram

Diantara menu satay yang dijual termasuklah; satay ayam, satay daging, satay arnab dan juga satay kambing.

Mengenai persoalan orang ramai tentang apakah yang membezakan Satay Menara ini berbanding satay-satay lain yang dijual di luar sana?

Well.. Mengikut temubual bersama pemiliknya sendiri, beliau berkata;

Kekuatan satay yang dibuat oleh keluarganya ialah ianya home made. Daging yang digunakan adalah daripada daging berkualiti tinggi, untuk daging satay ayam ianya diambil daripada bahagian dada manakala untuk satay daging ianya diambil daripada bahagian lembut (tenderloin).

Tambahnya lagi, untuk menambahkan keunikan menu satay warisan keluarga mereka, kuah kacang yang dihidangkan bersama satay dimasak menggunakan campuran gula melaka.

Satay-Menara

Sedap.. Memang sedap. Satay Menara yang dihidangkan memang mempunyai citarasa yang tersendiri, hinggakan kesemua satay yang dihidangkan.. habis licin dimakan oleh kami semua dalam tempoh masa yang singkat.

Jadi, untuk sesiapa yang berkeinginan untuk mencuba Satay Menara ini.. bolehlah ke gerai mereka yang terletak di Jalan Reko. Waktu operasinya adalah daripada hari Jumaat hingga Rabu dari jam 7 hingga 12 malam, kecuali hari Khamis dimana mereka akan tutup kedai.

Owh ya.. Tidak dilupakan juga, bagi mereka yang tinggal di Putrajaya, Satay Menara juga mempunyai cawangan di sana iaitu di Precint 9.

Harga Satay Menara

Nota: Satay Menara menawarkan promosi menarik kepada pelanggan yang mendaftarkan sebagai VIP member. Untuk pendaftaran rujuk gambar dibawah:

Satay Menara-VIP member-registration

Ataupun, untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut dan update semasa tentang mereka, boleh layari laman FB Satay Menara di www.facebook.com/SateMenara.

Info tambahan:

  • Alamat cawangan Jalan Reko: No 21, Jalan Hentian 6, Pusat Hentian Kajang, Kajang (013 262 2947)
  • Alamat cawangan Putrajaya: No 1284, Jalan P9B1/2, Presint 9, Putrajaya (019 353 3873)
  • Alamat cawangan Batu Pahat: TKS 10, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, Batu Pahat (019-781 0272)

p/s: Smile in each bite.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

18 Comments

Leave a Reply
  1. Wah! Nak jadi food blogger plak dah kawan aku ni. Hatni aku pantang dengar, ada satay kambing. Damn! Ko kena bawa aku p makan nnt. Boleh?

  2. Satay memang salah satu feveret saya..dengar daripada cerita bro, memang sedap satay ni..dengan bahagian ayam dan daging yang terpilih, ditambah pula dengan kuah yang pekat, memang menyelerakan..

  3. Bangi lagi

    tak pernah dengar nama satay ni

    biasa dengar willy dengan satay station

    satay kajang memang terlebih2 lah

    heheh

    ayah akak suka makan satay

    kalau celebrate apa2 mesti ajak anak makan satay

    inshaaALLAH boleh dicuba ni

    tqvm ya

    merasa la ayah akak makan satay lain selain satay kajang dan satay restoran yus kat sg ramal tu

    hehehe

  4. Kecur pulak liur tengok nya. Adoihh. Masih ada lagi ke? Sebab ni entry lama ni. Kene carik la. Susah betul jadi perempuan ni. Makan je kerjenya😂😂

  5. Faveret husband ni. So far yang kena dgn tekak kami Satay Wiliy & Satay Kajang nanti bole la cari ni pulak huhu..harap ada lagi

Leave a Reply to profhariz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *