Satay Menara, antara kedai satay yang baru bertapak di Bangi. Menyediakan menu satay yang agak berlainan dari kedai-kedai satay yang lain dan ianya terletak berhampiran dengan stesen bas Jalan Reko.
Beberapa hari lepas, aku bersama beberapa kenalan blogger sempat berkunjung ke sana untuk mencuba sendiri satay yang didatangkan khas dari Batu Pahat, Johor ini. Salah seorang daripada kami ialah Hazman Fadzil, iaitu food blogger melayu yang popularitinya semakin hari semakin meningkat naik.
Resipi turun temurun
Menurut pemilik gerai Satay Menara, Encik Mizan Mahram, satay yang dijual disini adalah hasil daripada resipi kedua orang tuanya. Diproses 100% oleh keluarga yang berpengalaman selama 13 tahun di Johor sebelum satay mentah dihantar ke Bangi untuk jualan.
Diantara menu satay yang dijual termasuklah; satay ayam, satay daging, satay arnab dan juga satay kambing.
Mengenai persoalan orang ramai tentang apakah yang membezakan Satay Menara ini berbanding satay-satay lain yang dijual di luar sana?
Well.. Mengikut temubual bersama pemiliknya sendiri, beliau berkata;
Kekuatan satay yang dibuat oleh keluarganya ialah ianya home made. Daging yang digunakan adalah daripada daging berkualiti tinggi, untuk daging satay ayam ianya diambil daripada bahagian dada manakala untuk satay daging ianya diambil daripada bahagian lembut (tenderloin).
Tambahnya lagi, untuk menambahkan keunikan menu satay warisan keluarga mereka, kuah kacang yang dihidangkan bersama satay dimasak menggunakan campuran gula melaka.
Sedap.. Memang sedap. Satay Menara yang dihidangkan memang mempunyai citarasa yang tersendiri, hinggakan kesemua satay yang dihidangkan.. habis licin dimakan oleh kami semua dalam tempoh masa yang singkat.
Jadi, untuk sesiapa yang berkeinginan untuk mencuba Satay Menara ini.. bolehlah ke gerai mereka yang terletak di Jalan Reko. Waktu operasinya adalah daripada hari Jumaat hingga Rabu dari jam 7 hingga 12 malam, kecuali hari Khamis dimana mereka akan tutup kedai.
Owh ya.. Tidak dilupakan juga, bagi mereka yang tinggal di Putrajaya, Satay Menara juga mempunyai cawangan di sana iaitu di Precint 9.
Nota: Satay Menara menawarkan promosi menarik kepada pelanggan yang mendaftarkan sebagai VIP member. Untuk pendaftaran rujuk gambar dibawah:
Ataupun, untuk mengetahui keterangan yang lebih lanjut dan update semasa tentang mereka, boleh layari laman FB Satay Menara di www.facebook.com/SateMenara.
Info tambahan:
- Alamat cawangan Jalan Reko: No 21, Jalan Hentian 6, Pusat Hentian Kajang, Kajang (013 262 2947)
- Alamat cawangan Putrajaya: No 1284, Jalan P9B1/2, Presint 9, Putrajaya (019 353 3873)
- Alamat cawangan Batu Pahat: TKS 10, Jalan Kangkar Senangar, Parit Sulong, Batu Pahat (019-781 0272)
p/s: Smile in each bite.
Thanks bro…. Ada rezeki kita plan lain untuk food review area kat tempat lain pulak yea….
Wah! Nak jadi food blogger plak dah kawan aku ni. Hatni aku pantang dengar, ada satay kambing. Damn! Ko kena bawa aku p makan nnt. Boleh?
Sekali sekala selit entri makan kot2 ada yang mengidam bro. Hahaha. Boleh2..turun bangi ko roger je. No prob.
perghh, balik terus pi cari, tapi saya cari kat tempat saya la, hehehee
Satay Arnab RM2 per batang ek?
Satay memang salah satu feveret saya..dengar daripada cerita bro, memang sedap satay ni..dengan bahagian ayam dan daging yang terpilih, ditambah pula dengan kuah yang pekat, memang menyelerakan..
wah dah lama x makan satey tetiba lak teringin bila baca entri nih…
baca tulisan bro dah berkecur air liur sahaja..ternyata satay ini pasti sedap maa..
secucuk berapa ni bro??
Wahhh kiranya resepi keluarga turun termurun la ni yer..pasti sedap ni..hehe
jalan kangkar senangar? dah dekat gila dengan rumah aku tu. 10 minit sampai. nak kena try ni.
Hem,sedpanya makan satay.satai daging yang aku suka.
Bangi lagi
tak pernah dengar nama satay ni
biasa dengar willy dengan satay station
satay kajang memang terlebih2 lah
heheh
ayah akak suka makan satay
kalau celebrate apa2 mesti ajak anak makan satay
inshaaALLAH boleh dicuba ni
tqvm ya
merasa la ayah akak makan satay lain selain satay kajang dan satay restoran yus kat sg ramal tu
hehehe
Kecur pulak liur tengok nya. Adoihh. Masih ada lagi ke? Sebab ni entry lama ni. Kene carik la. Susah betul jadi perempuan ni. Makan je kerjenya😂😂
Wah macam macam satay ada..rabbit, kambing.. mesti sedap eyh!
Sodapnye satay.. kegemaran husband, boleh tuju ni. Kena search location ni, moga ado lagi.. hihihi
hadooiiii satay….memang faveret kami anak beranak ni tau, kalau makan kat luar mesti cari satay
Faveret husband ni. So far yang kena dgn tekak kami Satay Wiliy & Satay Kajang nanti bole la cari ni pulak huhu..harap ada lagi