in

Samsung S3 Digodam


Godam? Ahh sudah. Hacker mana yang rajin pergi godam smartfon aku ni.

Eh kejap..Tapi..

Sebenarnya bukan godam, root je. Saja buat tajuk kasi gempak, nak bagi ramai orang tertanya-tanya. Hehehe.

Root, bila bercerita tentang Android..perkataan root dah jadi perkataan yang lazim digunakan. Actually bagi yang masih tak tahu, root ni kalau nak bagi senang faham ia sebenarnya adalah aktiviti menggodam ataupun “hack” sistem operasi smartfon korang supaya dapat melepasi akses-akses tertentu.

Aktiviti root ini akan menyebabkan waranti smartfon korang terbatal kerana ianya bertentangan dengan perjanjian jual beli yang telah disertakan oleh syarikat pengeluar.

Cuma..bagi smartfon yang telah kehabisan warantinya seperti smartfon Samsung S3 aku, apa ada hal lah sangat kalau di root kan pun. Lagipun bila smartfon dah root, macam-macam aku boleh buat. Sebagai contoh, hari tu aku dah pasang custom ROM Android Kit Kat 4.4.2 sementara smartfon Samsung S3 standard lain diluar sana pun, paling tinggi hanya boleh mencapai Android Jellybean 4.3 sahaja. Advance sikitlah kiranya. Boleh guna features yang orang lain tak pernah guna.

Gummy Rom KitKat yang pernah dicuba
Gummy Rom KitKat yang pernah aku cuba

Tetapi, semalam ada satu insiden yang agak mendebarkan bila mana tangan ini gatal tak boleh duduk diam. Elok-elok dah pakai custom ROM 4.4.2 tiba-tiba je teringin nak pakai custom ROM lain.

Kali ini nak cuba Zdroid 4.3 pula. Daripada review yang dibaca, ianya smooth dan jimat bateri.

Tapi entah bagaimana masa tengah mamai semalam, proses pemasangan custom ROM terbaru tak berjaya sehinggakan IMEI dan modem Samsung S3 aku hilang entah kemana. Maksudnya..bila smartfon aku ON, tak ada coverage dan network provider yang dapat dikesan.

Cis..berdebar jantung. Cuak oo. Duduk dalam bilik sejuk pun tiba-tiba boleh jadi berpeluh. Jenuh jugak lah jam 3 pagi godek sana godek sini cari jalan penyelesaian. Hinggakan terjumpa beberapa saranan daripada forum terkemuka untuk sesiapa yang terkena masalah ini, cepat-cepat pergi repair kat kedai.

Aduhai..masak. Mana nak cekau duit.

Aku duduk bersandar. Rilek, tarik nafas dalam-dalam. Cuba unroot semula smartfon yang dah tak berapa betul ni, kemudiannya cuba restore backup dan install modem lain.

Root Android Samsung Galaxy S3

Tik tok..tik tok..tik tok..lepas 7-8 minit, cuba reboot dan.. Tadaa. Berjaya!

Smartfon aku kembali berfungsi seperti sediakala. Alhamdulillah, selamat duit aku. Kalau tak kerana kekacakan, kebijaksanaan dan ketidak-panik-kan aku, dah tentu aku ambil emergency leave untuk cari kedai yang boleh betulkan smartfon kesayangan.

Moral of the story: Kalau pasang custom ROM tak menjadi, jangan panik. Maintain rilek dan kacak macam aku. Kejap-kejap lagi mesti ada keajaiban berlaku. Hahaha.

Root dan install custom ROM adalah dua aktiviti yang berbeza. Nak pasang custom ROM, kena root dulu. Tapi kalau nak root, tak perlu ada custom ROM.

p/s: Revert balik pada Jellybean 4.3, sebab kualiti gambar kamera Gummy Rom 4.4.2 tak memuaskan hati. Kalau gambar buruk, mana boleh masuk blog.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

20 Comments

Leave a Reply
  1. apa konpius kenapa perkataan kacak bermain-main di dalam entri ini. sbb aku tak dapat mengesan elemen ataupun zarah-zarah kacak di dalam entri tu. nak kata S3 yg kacak lg lebih kacak S4. nak kata tuan S3 tu kacak, mmg aku takkan nampak kacak sehingga dia belanja aku mousang king.. jd, di mana “kacak”?

  2. pernah dulu zaman aku bru nak join lebih detail pasal android.. salah satunya root…

    haa.. dgn bangganya, aku root samsung tab 7.0 plus yg still ade waranti 10bln kalo tak silap.. mmg jadi, hepi tu mmg takyah cakap, heaven woo..

    pastu, tgok lam forum.. haiyakk, waranti tak valid dah.. merana aku.. terus jual la mudah.my.. haha

    skrg, nset cikai jaa..

  3. hebatlah hang ni…

    selalunya masa buat aktiviti guna Custom Rom, pastikan semua file zip custom Rom tu ada dalam smartphone atau dalam komputer.

    senang nak install balik kalau ada apa2 yg terjadi.

  4. Kalau nak downgrade dari 4.4 ke 4.3 bukan boleh main dah downgrade camtu jer. Kadang² kena ‘cuci bersih’ dulu hard disk phone tu.

    Apapun, kalau guna Custom ROM yang base on Stock, lagi stabil. Camera pun memang lagi cun.

    Option lain, bro guna lah Camera360. Hehe…

  5. Pebarang Jelly Bean.. KitKat laa baru best.. kih3..

    Aku sampai sekarang tak puas hati tak dapat root phone ninetology Sohoq.. dah macam2 tool aku guna tak jadi jugak.. ape jenis Anroid entah ninetology pakai..

  6. Aku start dari 4 tahun lepas kalau tak silap aku. Masa tu guna Samsung Galaxy 5. Kecik tapi power. Masa tu xbyk custom ROM lagi. Ada 3 custom ROM je. Root n masuk custom semata2 aku nak naik moto n nak tukar track lagu seterusnya tanpa tgk skrin hehe. Sejak tu sampai skrg aku buat servis root n customkn phone selain repair. Stakat ni dah nak 1800++ unit android dari branded ke yg tak berapa branded aku buat. IOS devices pun aku langgar selain PC biasa huhu.

  7. Takat root ni nenek aku pon tau… ni masalah factory imei x dapat tukar ni ape cer… jangan citer pasal uart cable.. sape rasa terer try la hijack pakai usb cable.. aku da 5 bulan x de solution.. ade skali tu je ntah mcm mane bleh ok pulak bler aku flash stock rom.. buat masa ni da dekat 20 hp da org anto masalah mcm ni… btw sape2 yg terer bleh la PM AKU KT EMAIL.. dakcham89@yahoo.com.my

Leave a Reply to ohcikgu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *