in

Samsung Gear S3 Mampu Bertahan Sehingga 41 Hari?


Kemaskini Tizen 3.0 pada Samsung Gear S3 menjadikan jam tangan pintar ini antara jam tangan pintar yang paling lama bertahan dengan tempoh penggunaanya yang mencecah sehingga 41 hari. Namun, dengan pelbagai kemasan antaramuka dan fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan melalui kemaskini tersebut, ketahanan bateri ini hanya mampu dicapai apabila pengguna menggunakan mod Watch Only sahaja.

Untuk mengaktifkan mod Watch Only, pengguna hanya perlu ke menu tetapan dan memilih Battery Manager yang mana sebaik sahaja diaktifkan, paparan akan ditukar kepada paparan waktu hitam putih tanpa sebarang kemampuan lain.

Manakala sekiranya untuk kembalikan mod Watch Only kepada mod asal, pengguna hanya perlu menekan butang kuasa selama beberapa saat.

Akan tetapi, kewujudan fungsi Watch Only yang memanjangkan tempoh bertahan jam tangan pintar ini dilihat sebagai kontra kepada tujuan asal kewujudannya. Apalah guna sekiranya jam tangan pintar digunakan semata-mata untuk melihat paparan waktu. Doesn’t this defeat the purpose? What say you?

p.s: Masih ternanti-nanti bila agaknya akan keluar jam tangan pintar yang tahan bateri sekurang-kurangnya setahun. Hohoho


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. rata-rata smartwatch semua tahan antara 3-5 hari. yg lama skit amazfit pace jer.. huhu.. tengah tgu gak smartwatch yg bole tahan lama, at least sebulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *