Samsung Galaxy SIII Mini

Itu dia. Kalau iPad boleh keluarkan iPad Mini. Samsung pun boleh dengan mengeluarkan adik kepada model premium Samsung Galaxy S3, iaitu Samsung Galaxy S3 Mini. Oh Yeah!! Dari apa yang diwar-warkan oleh blog-blog gadget seluruh dunia, spesifikasi Samsung Galaxy S3 mini ini tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan model versi besar.

sumber gambar : engadget

Cuma perbezaan ketara yang dapat dilihat antara dua model ini adalah saiz skrin yang dikurangkan dari 4.8 inci ke 4 inci, berat 133 gram kepada 111 gram, kamera belakang 8 megapixel kepada 5 megapixel dan juga kamera hadapan dari 1.3 megapixel kepada kamera VGA. Dari segi dalaman pula, processor asal 1.4GHz quad-core dikurangkan menjadi 1GHz dual-core dan kapasiti bateri 2100 mAH menjadi 1500 mAH (Sedikit kekurangan disitu).

Walaubagaimanapun, pengurangan yang dibuat ke atas model baru ini bukanlah dianggap keterlaluan, AMOLED masih dikekalkan bagi memberikan paparan grafik yang cantik serta tidak menelan kuasa bateri dengan cepat. OS sedia ada juga telah dinaiktarafkan ke Android 4.1 Jelly Bean yang mana ianya menyokong interface Samsung TouchWiz.

Buat masa ini, tarikh dan harga jualan untuk pasaran Malaysia belum diumumkan. Tapi dengan spesifikasi yang ada dan untuk menarik minat pembeli, bagi pendapat Hafiz, rasa-rasanya harga yang bakal diumumkan mungkin dibawah RM1400. Sebab..Kalau mahal, lebih baik beli Samsung Galaxy S3 terus je. Tak payah mini-mini lagi dah. Betul tak?

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply
  1. semua specifikasi sama dengan galaxy s cuma guna amoled, android 4.1
    galaxy s yg asal android froyo 2.2
    saiz skrin sama….bentuk saja curve edges

    baru je beli s3 2 bulan lepas…tp kalau yg s3 mini ni sesuai utk tangan pompuan, kecik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *