in

Sambut Kelahiran Baby H, Baby PKPP. Apa Nama Sebenar?


Cahaya mata keempat, namanya masih lagi disesuaikan dengan huruf H.. menjadikan panggilan sementara “baby H” jugak. Sebabnya.. macam biasa la kan. Dah nama daddy dan ibunya masing-masing huruf H. Maka anak pun letak nama huruf H supaya nampak seragam. Hehehe.

Cumanya untuk menjadikan cerita lebih suspen, aku just nak announce huruf nama ketiga pulak.. iaitu A, menjadikan initial bagi baby H yang keempat ini adalah HA.

Ikutkan urutan anak-anak aku..

Khair yang sulong.. initial dia HK.. sebab nama dia Hasif Khair.

Arwah baby Hana pulak.. initial dia pun HK.. sebab nama dia Hana Khairiah.

Manakala, Haziq.. initial dia HM.. sebab nama dia Haziq Mueez.

So, baby H yang keempat ni.. HA untuk??

Yaaa.. korang teka la sendiri. Siapa betul aku belanja McD. Hahaha.

Actually nama baby HA ni tak ada orang lain lagi yang tahu kecuali wife aku je. Tu pun dia tahu lepas dah bersalin. Even Khair tanya sebelum ini pun aku jawab rahsia. Hehehe.

Pengalaman sambut kelahiran bayi waktu PKPP

By the way, just nak kongsikan pengalaman.. baby HA dilahirkan secara normal selepas wife mengandungkan dia 37 minggu. Dan sebenarnya tak expect pun dia akan keluar pada minggu ke-37 kerana kalau ikutkan perkiraan doktor.. baby HA akan dilahirkan pada minggu ke-3 Julai.

Tapi bilamana dia dah nak keluar awal jugak, rezeki la kan. Kena pulak hari minggu, so kitorang suami isteri tak ada lah gelabah sangat.

Wife rasa perut dah tak berapa selesa masa pergi breakfast. Kemudian bila dah balik rumah, masa aku tengah mengemas rumah dia bagitahu terasa contraction makin menjadi-jadi. Dan dalam jam 3.00 petang masa tengah buang air besar, wife cakap dah tak boleh tahan. Masa tu baru cepat-cepat masuk kereta lepas kena marah. Hahaha.

Setibanya di hospital (kali ni pilih Hospital Pakar An-Nur je sebab dekat dengan rumah), rupa-rupanya laluan dah terbuka sebesar 6cm.

Bilik single di Hospital Pakar An-Nur

Wife terus ditolak masuk ke labor room. Tik tok tik tok jam berdetik.. tepat jam 4.06 petang, wife dah selamat bersalin.

Sebenarnya masa masuk labor room ada keajaiban. Sebabnya, kalau ikutkan aku tak boleh nak masuk teman wife masa bersalin (sebab sekarang kan musim PKPP. Jadi SOP mengatakan kalau nak teman wife bersalin kena buat Covid test.. which is aku dan wife masing-masing tak sempat lagi nak buat kerana planned date covid test tu sebenarnya lagi 2 hari).

Tapi disebabkan masa dalam labor room tu (masa doktor tengah attend wife nak bersalin, dan wife dah menangis macam tak terkawal. Maka, doktor pun decide untuk suruh nurse panggil jugak aku naik atas untuk temankan dia. Hohoho. Dan oleh kerana “menangis” itu jugak, aku bersyukur kerana buat kali pertamanya aku berpeluang menyaksikan sendiri 100% proses kelahiran anak (laluan membesar, nampak rambut, nampak kepala, dan yang paling menyentuh hati.. bila dengar suara tangisan baby HA). Sumpah weh.. dengar baby HA teriak, air mata aku mengalir. Tak malu dah kat nurse. Hahaha.

So itu je la sedikit sebanyak pengalaman aku untuk baby HA. Alhamdulillah. Lepas bersalin, wife dan anak pun sihat. Cerita malam selepas baby HA dilahirkan pun, aku dah siap uruskan uri baby HA.

Penat dowh yang ni.. aku nak balik rumah uruskan uri, tapi sampai rumah.. uri tertinggal kat hospital. Terpaksa pergi ambil balik. Cuci-cuci lagi, gali tanah.. fuh.. cramp tangan.

p.s: Di saat entri ni publish. Wife dah boleh discharge daripada wad. Cuma kitorang decide nak mintak extend duduk wad lagi sehari sebab baby HA masih tak dibenarkan keluar wad sebab bacaan kuning dia naik sikit tadi. So rasa kesian pulak nak tinggal dia kat sorang-sorang.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

8 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *