Saman MPSJ


Surat saman dari MPSJ gara-gara lambat bayar parking. Selalunya pegawai-pegawai yang bertugas datang menjalankan tugas bila tibanya waktu tengahari. Tapi hari ni, awal-awal pagi lagi dah sampai.

Aduhai.. langkah kiri betul.

Mengikut apa yang tertera di kertas saman, jumlah yang perlu dibayar adalah RM80. Tetapi terdapat tawaran yang diberikan kepada pesalah iaitu untuk setiap saman MPSJ yang dibayar dalam tempoh 1-14 hari selepas disaman, caj RM20 sahaja akan dikenakan.

Manakala bagi saman yang melebihi tempoh 2 bulan barulah ianya dinaikkan harga menjadi RM80.

kadar kompaun saman mpsj

Hmm.. Tak apalah, nak buat macam mana. Bukan rezeki aku pagi ni. Dah salah aku sebab awal-awal tak nak bayar parking. So, esok kena settlekan cepat-cepat. Tak kuasa aku nak tangguh lama-lama. Kang jadi macam kes tunggakan MARA hari tu pulak. Rm80, bukan satu nilai yang kecil. Tapi boleh buat belanja beli baju raya tau.

p/s: Saman MPSJ, MPKj, DBKL.. Siapa pernah kena? Korang bayar ke tak? Hehehe.



2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini