Penggunaan internet boleh dikatakan keperluan harian untuk generasi sekarang. Tanpa internet, hari-hari yang mendatang boleh menjadi suram sekaligus menyebabkan kemurungan yang tidak dijangka. Namun begitu, penggunaan internet yang berlebihan dan tidak terkawal juga kadang-kala boleh menyumbang kepada aktiviti tidak sihat.
Ini kerana dengan kepelbagaian sumber yang boleh didapati secara terus dan tidak ditapis, menyebabkan pengguna-pengguna terutamanya mereka yang masih muda remaja ataupun kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada sesuatu yang tidak sepatutnya didedahkan pada peringkat usia mereka.
Terpanggil untuk berkongsi maklumat mengenai usaha menangani gejala sebegini daripada terus merebak dikalangan masyarakat disekeliling kita, sukacitanya aku ingin memperkenalkan kepada korang sebuah pelayar laman web (web browser) yang dapat mengekang masalah pengguna melayari laman-laman yang tidak sihat, dimana ia dengan bangganya merupakan sebuah pelayar laman web patuh syariah pertama di dunia, iaitu SalamWeb.
Seperti yang telah aku nyatakan sebentar tadi, fungsi utama pelayar SalamWeb ini tak lain tak bukan adalah untuk menapis segala maklumat yang tidak sihat serta mengetepikan pelbagai kandungan yang tidak bersesuaian daripada dipaparkan kepada pengguna.
Yang mana melalui fungsi SalamProtect, pelayar SalamWeb bukan sahaja akan diberikan amaran sekiranya melayari kandungan yang tidak bersesuaian, malah setiap pengguna juga boleh menyumbang dalam penambahbaikan algoritma pemeriksaan kandungan dengan membantu membuat laporan (menerusi fungsi SalamTag sekiranya terjumpa mana-mana laman web yang tidak sihat) sama ada ia boleh dikategorikan sebagai Appropriate, Neutral ataupun Inappropriate.
Setiap SalamTag yang dihantar, akan diperiksa serta disemak menerusi garis panduan SalamWeb untuk memastikan ianya adalah sahih. Malah melalui fungsi ini juga, mudah untuk dikatakan bahawa semakin banyak laman web yang tidak sihat di-tag (dilaporkan) oleh pengguna, maka semakin baik agregator kandungan SalamWeb berfungsi dalam membuat tapisan sekaligus membantu membina Ummah digital yang lebih selamat.
Selain itu, SalamWeb turut menyediakan fungsi-fungsi tambahan berasaskan internet yang lain termasuklah SalamNews (iaitu himpunan berita-berita yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber), SalamChat (iaitu laman chat online yang menyambungkan kepada komuniti yang turut menggunakan Salam Web) dan juga SalamSadaqah (iaitu fungsi untuk membuat sumbangan sedekah yang akhirnya nanti akan disumbangkan kepada badan-badan amal muslim yang layak menerima).
Tak ketinggalan juga, antara fungsi yang paling aku gemari setelah menggunakan pelayar ini iaitu SalamWidgets yang menyediakan semakan waktu solat serta penunjuk arah kiblat yang sangat membantu ketika bekerja diluar kawasan.
Untuk makluman, kedua-dua widget ini menggunakan kaedah perkiraan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam menentu ukur kiblat dan waktu solat. Justeru itu, bagi aku tiada istilah was-was untuk terus menggunakannya dalam melakukan ibadah harian.
Namun, jika ada pengguna yang mungkin berada diluar negara, perkiraan berdasarkan negara-negara tertentu juga boleh digunakan. Untuk mengubahnya cuma perlu pergi ke bahagian Settings, dan ubah pada bahagian SalamWeb Content.
Kalau korang nak tahu, pelayar SalamWeb yang menggunakan enjin Chromium ini dibangunkan oleh anak tempatan dengan kerjasama pasukan global mereka yang berpusat di Dubai, dan ianya ditawarkan secara percuma kepada pengguna yang mana ia boleh dipasang pada Mac, PC, Android dan juga iOS. Untuk muat turun dan mengetahui lebih lanjut mengenai SalamWeb, korang boleh layari laman rasmi mereka di salamweb.com
hensem la laki dlm gmbr tu.
Tq share.. Menarik pelayar ni
Bagus juga web islamik ni.. Nanti kita usha ye abe hensem
Satu usaha yg bagus ni.terbaiklahh
Nampak serius. Why so serius. Hahaha.
ni yang kita nak…kalau tak jenuh tepis news yang tak berfaedah
pernah dengar sebelum ni tp tak tau detail
Bagus sangat ada kemajuan teknologi yang patuh syariah camni. Boleh elakkan dari diri sendiri dan keluarga dari anasir2 maksiat yang berleluasa di atas talian sekarang ni. Tapis awal2!