Adakalanya untuk mendapatkan job-job penulisan bagi sesebuah blog, perlunya ada hubungan dua hala diantara blogger dan juga agensi pengiklanan.
Agensi pengiklanan yang terdiri daripada pelbagai syarikat besar dan kecil, menawarkan pelbagai pilihan job yang kadang-kala tidak begitu sesuai bagi blogger yang beragama Islam, sebagai contohnya advertorial berkenaan dengan arak.
Kita sedia maklum bahawa, pendapatan yang diperolehi dari sumber yang haram adalah bertentangan dengan apa yang diajari dalam agama Islam.
Maka disebabkan itu, salah seorang rakan blogger iaitu Mohd Edwin Masripan telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu agensi baru yang secara keseluruhannya berlandaskan syariah Islam iaitu SalamMedia.my.
Fokusnya cuma satu iaitu untuk menjadi platform perintis bagi pengiklanan berlandaskan Islam kepada semua pengguna media sosial di seluruh dunia.
Juga, semalam bertempat di Blogrrr gathering, Salam Media telah diperkenalkan secara umum di booth #31 dan ianya bertujuan untuk menarik penyertaan seberapa ramai blogger yang boleh. Aku? Alhamdulillah, dah daftar.
Jadi, bagi sesiapa yang berminat boleh layari SalamMedia.my.
Nota Penting:
Inilah peluang bagi sesiapa yang ingin berjinak dengan event, review ataupun advertorial. Tidak dilupakan juga, setiap pendaftaran sebelum 31hb Disember 2013 akan berpeluang memenangi cabutan bertuah sebuah iPad mini 2. Jadi tunggu apa lagi, daftar sekarang.
p/s: Boleh digunakan tanpa was-was. Laman web tidak lagi beroperasi.
fuhh..ramai gak yang daftar eh..
macam mane nak daftar online? terlepas plak semalam nak pegi daftar.. adoii
Ada link kat bawah tu bro.
huh… nak join jugak la.
Amboi sekarang gua nampak lu semua peluang lu sapu je… Ada perancangan nak jadi macam MB ek?
Orang bagi peluang, gua grab je bro..hahaha..insha Allah kalau ada rezeki
macam best jer.. macam best jer… nak join gak lah…
Sila join cepat2..hehe
Wahh cabutan bertuah tu yang syok tu..hehe
menariks… harap2 takde la iklan tiger beer lagi…
ya..saya juga nak daftar ini..
Alhamdulillah. Terima kasih saudara Hafiz Rahim. Moga Allah deraskan lagi rezeki sebab mewarwarkan penubuhan SalamMedia.my
Tak ada respon drp penganjur… emel pun tak ada. Apa ke bende mcm ni? Jgn indah khabar dr rupa sdh lah…