Salam Browser Melindungi Diri Anda Daripada Aktiviti Melalaikan

Satu kemajuan baru dalam dunia pelayaran internet apabila buat julung kalinya sebuah pelayar web Islamik patuh syariah telah dilancarkan oleh anak tempatan kita. Pelayar tersebut yang diberi nama Salam Browser merupakan pelayar web yang masih didalam peringkat Beta.

Salam Browser

Difahamkan ia adalah pelayar web pertama yang menghormati adab Islam. Ianya dibina dengan menggunakan teknologi Chromium dan masih lagi didalam proses penambahbaikan dalam memberikan pengalaman melayari internet yang lebih selamat dan bebas spam kepada pengguna.

Antara kelebihan yang dimiliki oleh pelayar Salam Browser buat masa sekarang ialah, ianya mampu menghalang ataupun mengehadkan hasil carian yang tak senonoh lalu memberikan keputusan enjin carian ditapis (tidak kira sama ada carian-carian itu adalah gambar ataupun video).

Salam Browser Patuh Syariah

Salam Browser juga berupaya untuk mencegah popup-popup iklan ataupun malware script yang menjengkelkan daripada terus keluar menganggu pandangan apabila anda mencari sesuatu dilaman-laman web yang disinggah.

Dan fungsi Islamik terkini yang menarik dibawa oleh Salam Browser ini juga, apabila Salam Browser ini turut memaparkan hadis-hadis terpilih apabila setiap halaman tab baru dibuka.

Salam Browser Islamik

Terpanggil untuk memberi komen tentang kewujudan pelayar web baru ini, apabila aku merasakan Salam Browser adalah satu inovasi baru yang menarik dan unik. Sekiranya ditanya sama ada perlu atau tidak kita sebagai pengguna beragama Islam menggunakannya?

Jawapan aku..

Ya, perlu. Terutamanya pada golongan ibu bapa yang gemar memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk mereka melayari internet.

Khair-Salam Browser

Ini kerana, tanpa perlu pemantauan anak-anak secara dekat dan berterusan, Salam Browser ini dapat membantu ibu bapa dalam mengelakkan anak-anak daripada melayari laman-laman web yang tidak sepatutnya mereka lihat.

Selain itu, terdapat dua fungsi tambahan yang agak menarik untuk dicuba, yang mana fungsi tambahan pertamanya ialah; ia turut hadir dengan integrasi VPN percuma (iaitu fungsi Virtual Private Network yang membolehkan setiap pengguna untuk mengakses kandungan yang dihalang mengikut tetapan lokasi tanpa pemantauan daripada pihak ketiga).

Salam Browser dengan VPN

Manakala, fungsi kedua iaitu fungsi kesukaan aku, iaitu fungsi Data Saver yang mana ia membolehkan pengguna melayari laman web tanpa penggunaan data yang berlebihan (disamping bagus untuk pengguna jimatkan kuota broadband, ia juga memberikan sambungan internet yang lebih pantas).

Berminat untuk mencubanya?

Salam Browser Beta

Anda boleh memuat turunnya sekarang dan menjadi sebahagian daripada komuniti Salam Browser melalui laman web mereka iaitu www.salambrowser.com. Jika ada sebarang idea penambahanbaikan yang ingin anda sumbangkan, anda boleh hubungi pihak Salam Browser di support@salambrowser.com.

Note: Setakat ini ianya hanya tersedia dalam versi Windows sahaja.

p.s: Pendapat aku, mungkin Salam Browser boleh menambah fungsi laungan azan setiap kali masuk waktu solat. Supaya ramai tidak terleka dengan segala benda yang melalaikan mereka apabila online di intenet. Heee. 🙂

 Terbaru! Baca tweet-tweet femes di channel Telegram @tweetfemes

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

8 Comments

Leave a Reply
  1. browser yang bagus. suka pula fungsi download video dari youtube…senang nak masukkan dalam tablet bila offline…khas untuk anak tengok upin ipin, voice of ummi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dihalang Ke Luar Negara? Mungkin Ini Sebabnya

Satay Tulang, Makan Sekali Nak Lagi