Benefit derma darah

Keistimewaan penderma darah

Berikut merupakan keistimewaan yang akan diterima oleh penderma mengikut kekerapan menderma darah:

1 kali – Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan) – Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 hingga 5 kali – Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.

6 hingga 10 kali – Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.

11 hingga 15 kali – Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.

16 hingga 20 kali – Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.

21 hingga 30 kali – Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 3 tahun.

31 hingga 40 kali – Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.

41 hingga 50 kali – Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) – Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

SocMed

27,463FansLike
1,114FollowersFollow
7,315FollowersFollow
1,355FollowersFollow
53SubscribersSubscribe