in

Sakit Ke Derma Darah?


Kali pertama seumur hidup aku derma darah untuk Pusat Darah Negara. So far, pengalaman kali ni memang mengujakan.

Ingatkan sakit sangat bila nak derma darah. Tapi sebenarnya rasa macam gigit semut je. Sakit lagi masa aku accident motorsikal dulu.

Buku derma darah

Mula-mula pegawai perubatan cari urat di lengan, masukkan bius guna jarum kecil. Kemudian masukkan pula jarum besar untuk keluarkan darah.

Lelaki kacak
Maintain cool. Aku tau aku kacak.

Pehh.. darah mengalir laju masuk dalam beg plastik. Nasib baiklah aku ini bukan Hemophobia (jenis yang tak boleh tengok darah), kalau tak mesti dah nak pitam. Hahaha.

Derma darah
Done. 450 ml darah aku dikeluarkan. Siapa yang terima darah aku, bakal jadi super saiya.

Untuk pengetahuan, derma darah ni bukan setakat derma semata-mata. Ada benefit lain yang disediakan oleh pihak KKM kepada individu-indidu yang sudi memberikan sumbangan darah.

Keistimewaan penderma darah

Okay la tu kan, win-win situation. Sekarang aku dah ada satu dalam rekod. Next time, insha Allah akan derma lagi jika ada peluang.

By the way, darah aku jenis O. Kalau korang masih ingat apa yang diajar dalam kelas sains atau biologi, darah O merupakan penderma universal. Semua jenis darah boleh terima darah O.

Nota: Lepas derma darah, rasa lemah sikit badan. Kena makan dan minum banyak-banyak untuk topup balik tenaga.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply
  1. Aku jenis tak boleh tengok darah banyak. Rasa nak pengsan. Tapi teringin nak derma darah. Tengok bapak aku derma darah macam best je dapat banyak benefit.

  2. teringat pengalaman derma darah masa student dulu. memang jenis takut jarum, jadi waktu cucuk tu rasa sakit yg amat. haha..

  3. Baru tau derma darah pun ada benefit camni..dulu x pernah plak dengar..nampaknya kena la cari balik buku merah saya yang tah kat mane dah tu..:)

  4. Memang tak sakit pun, cuma fobia tengok jarum nak masuk ke urat tu. Dah tu perangai pelik, walaupun takut, nak tengok juga jarum tu …hihihi

    Dekat office kami, sebelum derma ada jamuan. Lepas derma dapat hamper dan time-off. Alhamdulillah sambutan boleh tahan

Leave a Reply to Oja Samid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *