Kali pertama seumur hidup aku derma darah untuk Pusat Darah Negara. So far, pengalaman kali ni memang mengujakan.
Ingatkan sakit sangat bila nak derma darah. Tapi sebenarnya rasa macam gigit semut je. Sakit lagi masa aku accident motorsikal dulu.
Mula-mula pegawai perubatan cari urat di lengan, masukkan bius guna jarum kecil. Kemudian masukkan pula jarum besar untuk keluarkan darah.
Pehh.. darah mengalir laju masuk dalam beg plastik. Nasib baiklah aku ini bukan Hemophobia (jenis yang tak boleh tengok darah), kalau tak mesti dah nak pitam. Hahaha.
Untuk pengetahuan, derma darah ni bukan setakat derma semata-mata. Ada benefit lain yang disediakan oleh pihak KKM kepada individu-indidu yang sudi memberikan sumbangan darah.
Okay la tu kan, win-win situation. Sekarang aku dah ada satu dalam rekod. Next time, insha Allah akan derma lagi jika ada peluang.
By the way, darah aku jenis O. Kalau korang masih ingat apa yang diajar dalam kelas sains atau biologi, darah O merupakan penderma universal. Semua jenis darah boleh terima darah O.
Nota: Lepas derma darah, rasa lemah sikit badan. Kena makan dan minum banyak-banyak untuk topup balik tenaga.
Dah lama tak derma darah. Buku merah tu pun dah hilang…hhhu
Aku jenis tak boleh tengok darah banyak. Rasa nak pengsan. Tapi teringin nak derma darah. Tengok bapak aku derma darah macam best je dapat banyak benefit.
Tahniah bro…. aku sampai hari ni tak pernah lagi nk derma darah.
hihihi
tak sakit.
yang sakit kalau kena cucuk je..
teringat pengalaman derma darah masa student dulu. memang jenis takut jarum, jadi waktu cucuk tu rasa sakit yg amat. haha..
aku memang takleh tengok darah…pengsan nanti..darah sendiri luka sikit pun dah rasa nak tumbang 😀
Baru tau derma darah pun ada benefit camni..dulu x pernah plak dengar..nampaknya kena la cari balik buku merah saya yang tah kat mane dah tu..:)
Memang tak sakit pun, cuma fobia tengok jarum nak masuk ke urat tu. Dah tu perangai pelik, walaupun takut, nak tengok juga jarum tu …hihihi
Dekat office kami, sebelum derma ada jamuan. Lepas derma dapat hamper dan time-off. Alhamdulillah sambutan boleh tahan
belum pernah ad pngalaman derma darah ni, ingt lagi msa blajar dlu kurang zat besi tak boleh nk menderma 🙁
Suami saya cukup takut dengan jarum tu sebab besar. Hadoi, nanti kena pujuk lagi la