Semalam follow up Khair di KPJ Kajang berkenaan dengan kes dia dimasukkan ke wad minggu lepas.
So far, keadaan Khair memuaskan. Berat badan pun dah mula naik balik.
Semasa sesi consult dengan doktor, sempat juga bertanya apakah punca sebenar Khair dimasukkan ke wad tempoh hari kerana pada tanggapan awal aku, mungkin Khair terkena jangkitan virus Rotavirus lagi.
Tapi, setelah mendengar penerangan doktor.. rupa-rupanya aku silap. Khair bukan dimasukkan ke wad disebabkan Rotavirus, tetapi ia sebenarnya disebabkan oleh virus vibrio cholera ataupun dengan nama yang lebih dikenali ramai, Taun.
Aduhai.. terkejut sekejap. Tak sangka sama sekali Khair boleh terkena virus tersebut.
Penyakit taun atau kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan oleh bakteria, vibrio cholera. Penyebaran virus ini biasanya berlaku melalui air minuman dan makanan yang tercemar oleh najis (produk sisa) daripada orang yang dijangkiti, termasuklah orang dengan tanda yang tidak jelas. Simptom penyakit ini termasuklah cirit-birit, perut tegang, mual, muntah, dan kekeringan. – Wikipedia
Hmm.. Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah. Bersyukur kerana tiada perkara yang lebih buruk berlaku keatas Khair. Nampaknya selepas ini kalau nak bawa Khair makan di luar lagi, aku mesti lebih berhati-hati memilih kedai.
p/s: Tak sampai hati biar anak sakit.
Perlu lebih berhati-hati makan diluar dengan meninjau tahap kebersihan premis makanan.
thanks hafiz bagi peringatan ni, memang kena hati2 lah nak bawak anak makan di luar kan? yang paling selamat nampak gayanya mummy2 kena selalu rajin masak lah ni…semoga khair cepat sembuh sepenuhnya…aunty doakan…
Sebab tu saya tak suka sangat makan kat luar..tahap kebersihan tu yang difikirkan..kalau kita sediakan sendiri di rumah, kita akan tahu setakat mana tahap kebersihan tu..
bahaya juga Taun ni.
teringat pada kisah para sahabat Nabi s.a.w oaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a yg meninggal dunia kerana penyakit Taun.
penyakit ni biasanya merebak apabila kawasan persekitaran yg kotor dan tidak bersoh
Itu la bro.. worst case, boleh menyebabkan kematian. Semalam dapat tahu kena taun, memang terkejut aku
taun ni bahaya.
tak best kalau kena.
so..dah camana anak ko sekarang? dah makin ok?
dah sembuh ke belum…nasib baik dapat kesan awal…semoga cepat sembuh adik khair…
Semoga Khair cepat sembuh.
Alhamdulilah..nasib baik Khair dah sembuh..lepas ni kene check dulu tahap kebersihan kedai sebelum makan..