Susulan Haziq tak tidur malam untuk beberapa hari. Terus kitorang decide untuk balik Terengganu untuk bawa dia berubat kampung.
Tiba di terengganu, pergi jumpa seorang hamba Allah.. namanya Pok Der. Tinggalnya beliau di Kedai Pok Der, bersebelahan dengan Masijd Kampung Buluh Gading. Actually dah bertahun kitorang kenal Pok Der yang boleh berubat secara tradisional ini, dan yang paling penting.. perubatan yang dilakukan berlandaskan ajaran Islam.
Duduk didepan Pok Der, dipegangnya kepala Haziq.. dipegang leher dan diusap muka Haziq dengan tapak tangannya, lalu berkata..
Budak ni ada sawan tangis
Huh sawan tangis?
…
…
Demm.. Apa yang Pok Der katakan tu sama pula macam apa yang mak ayah aku bagitahu aku dua tiga hari lepas. Sebabnya, sama kes macam Khair dulu, pun ada sawan tangis.
Disebabkan dah ada sawan tangis macam ni.. Kitorang serahkan pada Pok Der untuk cuba pulihkan sawan tangis Haziq, takut kalau tak dibendung.. makin merana aku dengan puan isteri tak dapat tidur malam. Hahaha.
Rawatan dilakukan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang kemudiannya dihembus ke dalam botol-botol air yang akan dibawa pulang. Air tersebut, yang memerlukan aku dan puan isteri mandikan Haziq serta dibancuh dengan susu supaya keluar segala unsur-undur sawan tangis daripada badan Haziq.
Note: Dalam istilah perubatan moden, sawan tangis ini namanya Baby Colic ataupun juga dikenali sebagai infantile colic. Punca berlakunya baby colic ini tidak diketahui. Namun terdapat beberapa cara rawatan moden yang mungkin boleh korang cuba untuk menenangkan bayi yang mengalaminya, iaitu dengan:
- Baringkan mereka didalam bilik yang sunyi dan gelap.
- Sapukan minyak Yu Yee cap limau dan bedung anak dengan selimut.
- Tiarapkan diatas riba dan gosok belakang anak.
- Urut badan anak.
- Tuam perut anak dengan air suam.
- Berikan anak hisap puting.
- Mandikan anak dengan air suam.
p.s: Dalam kes Haziq, tak jalan dah cara rawatan moden ni. Once dia menangis, tak tau nak buat apa dah. Perubatan kampung hanya tawakkal. Pulih tak pulih semua ini hanya dengan izin daripada-Nya. InshaAllah.
Update:
Alhamdulillah, tidur malam Haziq selepas berubat dengan Pok Der dah nampak berkesan. Malam-malam selepas rawatan, takde dah dia nak bangun berjaga dan menangis meraung tak tentu pasal. Kecuali dia menangis sakit hati sebab lapar nak minum susu (yang ni masih mencari jalan penyelesaian macam mana nak kurangkan panas barannya tu.. Hoho).
Sawan bayi kalau mitos org dulu2 ckp nampak hantu 😂😂
Haha comelnya panas bran susu lambat.semoga cpt sembuh
Memang garang.. terjaga je dari tidur, nak susu dalam mulut terus. Kalau tak tangan dah macam bersilat. Haha
sian baby kalau kena sawan tangis kan.. haritu tengok sampai biru-biru bibir dia..