in ,

Rumah Cekap Tenaga


Sabtu – 6.30 pagi, dikala orang lain sedang nyenyak tidur aku dah bersiap-siap untuk ke KL Sentral. Ada lawatan berkumpulan yang perlu aku hadiri supaya dapat menyiapkan task-task yang masih terbengkalai.

Tempat yang dituju adalah Melaka Bandaraya Bersejarah. Manakala checkpoint pula di KL Sentral adalah bertujuan untuk mengumpulkan semua orang yang terlibat didalam projek dan bersama-sama ke lokasi menggunakan pengangkutan yang telah disediakan.

Actually, lawatan yang dianjurkan oleh pihak SEDA ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih kepada kami dalam penggunaan dan industri sistem solar PV yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Dengan erti kata lain, mempelajari apa sahaja ilmu yang berkaitan dengan kecekapan tenaga.

Dan jika diikutkan sebenarnya, lawatan ini merupakan lawatan kali kedua yang telah dianjurkan. Kali pertamanya ia diadakan di Negeri Sembilan tetapi aku tidak dapat aku hadiri ada masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Jadi, peluang kedua ini tidak aku sia-siakan.

Cooltek Home

Cooltek Home-Rumah cekap tenaga

Rumah Cooltek

Merupakan destinasi yang pertama setibanya di negeri Melaka. Terletak di kawasan elit Bukit Katil iaitu Tiara Gold and Country Club. Ianya merupakan aset kebanggaan milik Pn. Stephanie Mary Bacon (salah seorang FiAH) yang berasal daripada England.

COOLTEK was designed to use air-conditioning continuously and is therefore a sealed building, preventing loss of the cooled air-conditioned air to the outside. It is a small, simple building with minimal decoration and unencumbered by elaborate pillars or many floor levels, thus ensuring its energy efficient design.

Terjemahan :

COOLTEK telah direka untuk menggunakan penyaman udara secara berterusan dan oleh kerana itu ia merupakan sebuah bangunan yang bertutup bagi mencegah kehilangan udara sejuk ke luar. Ia adalah sebuah bangunan yang kecil, mempunyai dekorasi yang minimum dan tidak mempunyai halangan seperti tiang yang banyak dan lantai yang bertingkat-tingkat, lantas memastikan ianya adalah satu reka bentuk yang cekap tenaga.

Sedikit fakta dan ciri-ciri menarik tentang rumah cekap tenaga milik Pn. Stephanie ini:

  • Ianya dibina pada tahun 2007 dan bermodalkan RM125,000 untuk membangunkan sistem solar PV sahaja.

    Solar PV diatas atap rumah-cekap tenaga hafiz rahim
    Solar PV diatas atap
  • Residen yang pertama di Malaysia yang menggunakan sistem solar PV 4.8 kWh (sebelum kemunculan Feed-in Tarif lagi).
  • Menggunakan komposisi keluli tahan karat sebagai atap rumah bagi memantulkan haba matahari.
    Komposisi keluli tahan karat-rumah cekap tenaga-hafiz rahim
  • Terdapat satu lapisan aluminium foil berkualiti tinggi dibawah atap untuk mengurangkan kepanasan yang terpancar ke dalam bangunan.
  • Rekaan tingkap dan pintu sedikit tenggelam daripada permukaan dinding agar ianya dapat dilindungi daripada haba matahari.
  • Rekabentuk rumah berbentuk segiempat tepat dengan kedudukan dinding kosongnya menghadap Timur dan Barat, manakala dinding yang bercermin menghadap Utara dan Selatan (bagi mengurangkan pendedahan terhadap haba matahari.
  • Cermin yang digunakan adalah dari jenis double glazed diisi dengan gas argon ditengah-tengahnya dan juga mempunyai salutan berpancaran rendah (low-emissivity coating) untuk mengurangkan kemasukan haba dari luar.

    Bingkai cermin double glazed
    Bingkai cermin double glazed
  • Menggunakan blok bata berongga 250mm yang ringan sambil dilitupi oleh pelekat dinding setebal 2mm bagi mengurangkan pengaliran haba dari luar dinding kedalam rumah.

    Potongan kecil blok bata berongga
    Potongan kecil blok bata berongga
  • Penebat api berketumpatan tinggi Roxul 50mm diatas siling supaya dapat mengurangkan kadar penembusan haba dari ruang di bawah bumbung ke dalam bilik.

  • Terdapat pemanas air MICROSOLAR yang dipasang diatas atap rumah untuk membekalkan air panas melebihi 80 degreee celcius secara percuma setiap hari.
  • Lapisan 50mm Poliuretana dibawah lantai untuk mengurangkan perpindahan haba dari tanah ke lantai rumah.

    Poliuretana (kiri) dan lantai
    Poliuretana (kiri) dan lantai

Jika dilihat secara teliti, ciri-ciri yang diterapkan pada rumah ini adalah cara terbaik untuk meminimumkan penggunaan tenaga. Walaupun diberitahu pada awalnya bahawa penggunaan penyaman udara didalam rumah ini adalah secara berterusan, kami ditunjukkan data pengiraan oleh Pn. Stephanie sendiri yang mana sepanjang tempoh FiT diperkenalkan beliau tidak perlu membayar bil elektrik tetapi dibayar oleh pihak TNB diatas sumbangan tenaga elektrik yang telah dijana oleh rumah beliau. Hampir 50% pulangan modal yang dilaburkan pada 2007 sudah pun diperolehi.

Lagi gambar yang sempat dirakamkan:

Meter solar PV (kiri) & meter biasa (kanan)
Meter solar PV (kiri) & meter biasa (kanan)
Solar PV Data logger
Solar PV Data logger
Pandangan satu sudut dirumah Cooltek
Pandangan satu sudut dirumah Cooltek
Sudut pandangan lain rumah Cooltek
Sudut pandangan lain rumah Cooltek
Bilik kerja
Bilik kerja
Pn.Stephanie ketika memberi penerangan tentang data yang diperoleh
Pn.Stephanie ketika memberi penerangan tentang data yang diperoleh
Pengiktirafan yang telah diterima
Pengiktirafan yang telah diterima
Inverter yang menukarkan arus elektrik AC kepada DC
Inverter yang menukarkan arus elektrik AC kepada DC
Barisan blogger kacak.
Barisan blogger kacak

Menarik kan? Well..Itu baru satu contoh. Untuk entri akan datang, insha-Allah aku akan berkongsi pula pengalaman ketika melawat kilang pembuatan solar PV dan juga ladang penjanaan solar.

p/s: Betul-betul kagum dengan rumah Pn.Stephanie, walaupun nampak simple tapi rasa macam hotel 5 bintang. 🙂


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Kosnya RM125,000 tapi rasanya berbaloi kalau mampu bertahan dalam tempoh yang sangat panjang. Terima kasih untuk ilmu baru ni 🙂

  2. menarik baca entri ni, ini kalau nak satu rumah macam ni mahu nak beratus ribu juga ni tapi berbaloilah bulan-bulan tak payah bayar bil elektrik

  3. Tuan Hafiz Rahim, tolong nasihatkan saya bagaimana saya boleh menggunakan teknologi ini dalam projek penternakan ayam saya yg baru bermula. buat masa ini saya bergantung kepada generator sepenuhnya dan utk makluman tuan ianya sangat2 mahal. sila nasihatkan saya agar saya boleh bertukar kepada teknologi yg murah dan mesra alam ini agar usaha penternakan saya ini boleh berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *