Nothing much untuk berkongsi cerita terkini aku sepanjang PKP ni. Selain kena work from home, kena jugak hadap perangai anak-anak. Seronok tu memang seronok, cuma kadang-kadang boleh naik hantu jugak bila anak-anak buat perangai. Hahaha.
Jadi untuk counter emosi, aku kena ada something untuk relax kan diri.
Makan? Tak leh.. nanti gemuk.
Jalan-jalan? tak leh. Nanti kantoi lari dari tanggungjawab work from home.
Netflix? Ahh yang ni pun tak boleh dah. Sebabnya dalam rumah aku ni dah ramai pulak bersilih ganti conquer tv. Kalau kata aku nak sangat tengok Netflix, maka aku terpaksa guna kuasa veto mintak remote tv. Hahaha.
By the way, nak dijadikan cerita pasal dua benda baru yang aku beli ni.. dah tentunya kedua-dua benda ini dibeli untuk kegunaan sepanjang tempoh PKP. Actually bukan time PKP je nak guna, tapi even waktu-waktu selepas PKP pun akan berguna juga. Cumanya penggunaan kedua-dua benda ini agak maksima bila musim PKP dijalankan.
Haa.. Dua benda baru yang aku maksudkan itu ialah graphic card RTX 2060 dan controller Xbox one.Dua-dua ni aku beli kat Shopee je – RTX 2060 murah.
Yaa.. RTX 2060 ni adalah komponen custom PC untuk meng-upgrade-kan lagi kemampuan grafik komputer aku. Sebabnya aku upgrade? adalah kerana.. pada pendapat aku grafik kad GTX 1650 aku yang sebelum ni yang dah capai bottlenecknya.
Yela.. game-game sekarang semua grafik kaw-kaw cun. Special effect pun bermacam-macam style. Belum kira lagi memory hogging. Maka, untuk kepuasan ber-game dan kebetulan ada orang nak jual RTX 2060 dengan harga mampu milik.. terus je la aku sambar kan. Pelaburan namanya. Hohoho. Kalau rasa taknak guna nanti, aku jual la. Heee.
Kemudiannya controller Xbox one tu pulak, adalah aksesori custom PC aku. Ianya tak lain tak bukan, untuk kepuasan bermain NFS Heat dengan lebih cemerlang. Hehehe.
Haa.. Mesti korang tanya kan, kalau dah main NFS Heat.. kenapa tak beli steering wheel terus je? Lagi best kan.
Emmm.. best tu memang best. Tapi, modal tak tebal bang. So beli yang sekadar mampu je la dulu. Lagipun kalau beli controller Xbox one ni, ia tak terhad kepada game NFS Heat je. Game lain pun boleh main jugak.
Kalau steering wheel? Haa dalam collection aku, NFS Heat tu satu je la game yang boleh main. Unless aku tambah beli game driving simulator yang lain. Haih.. duit lagi (baik tak payah.. Hahaha).
Apa yang aku suka dengan contoller Xbox one ni, bila connect wireless pada PC.. smooth je. Maybe sebab Windows 10 ni dah di optimize kan system dia dengan Xbox, so nak setup tu hanya plug and play.
Kena pulak aku pakai TP-Link AX3000 WiFi 6 & Bluetooth 5.0 PCIe Wireless Adapter (dalam gambar kat bawah tu).. jadi TAK PERLU aku beli additional dongle untuk sambung controller Xbox one tu secara wireless. Pakai adapter TP-Link ni pun dah cukup stabil dan tak ada delay in game.
Okay.. sebelum mengakhiri, aku nak share sedikit feedback positif mengenai RTX 2060 yang aku baru beli dan pasang ni. Jelas ketara bahawa grafik kad dari jenis RTX ini memberikan improvement yang memuaskan hati. FPS (frame per second) ketika bermain game naik berganda, macam sebelum ni FPS masa Khair main Fortnite guna GTX 1650 dapat dalam 60+ fps, tapi bila dah tukar ke RTX 2060 dah dapat capai 100+ fps.
Kalau dengan mata kasar sekali pun, boleh nampak grafik makin sharp (boleh ubah ke high/ultra setting tanpa risau).. malah kesan visual jugak lebih menggiurkan seperti reflection pada lantai, cermin, lopak air dll (masa main NFS Heat).
Ada juga aku baca secara online di forum-forum dan group FB, katanya kalau pakai RTX ni, rendering video akan jadi lebih smooth berbanding GTX. Cuma tu la.. aku sebagai youtuber part time kan, tak berkesempatan lagi nak cuba buat eksperimen. Sebabnya.. mood nak bervideo tu tak datang lagi. Tunggu la mood aku tu datang balik, kalau aku rajin.. aku try rekod dan edit video 4K tengok macam mana laju dia proses.
Cumanya expectation aku tak ada lah tinggi sangat.. sebab RTX 2060 ni kira level bawah-bawah je berbanding RTX 3060, RTX 3070, RTX 3090.. dan yang paling baru dan jadi igauan orang ramai RTX 3080Ti. Laku keras tu.. Hmm, kalau lah aku kayaaaaa.
I wish I could indulge in such luxurious gaming accessories. 😀
kerusi gaming pulak tuan
Kerusi gaming tak minat. Hype je lebih. Hehehe