Aduhai.. bermula 1 September 2022 roti Gardenia naik harga lagi. Katanya, impak inflasi terhadap bahan mentah memaksa harga dinaikkan untuk kali kedua bagi tempoh kurang setahun. Kali terakhir harga roti Gardenia dinaikkan adalah pada 1 Dis 2021.
Bermula 1 Sept, Gardenia Original Classic 400g akan dijual pada RM3 (naik 20 sen), Original Classic Jumbo 600g RM4.30 (naik 30 sen) dan Breakthru Wholewheat 400g RM4 (naik 40 sen).
Harga bagi krim gulung – vanila, gula mentega dan karamel masin – dinaikkan kepada 10 sen kepada RM1.10 sen setiap satu.
Siri roti “Toast Em” juga meningkat kepada 50 sen kepada RM5.50.
Dalam semakan harga pada 1 Dis 2021, sebuku Original Classic 400g dinaikkan kepada 30 sen, manakala Original Classic Jumbo 600g dinaikkan kepada 45 sen.
Fuh kenaikan yang agak banyak. Walaupun nampak sen-sen, tapi kalau dibeli hari-hari nilai yang perlu dibayar akan jadi banyak. Peningkatan harga terbaharu itu kesan daripada kenaikkan berterusan bahan mentah seperti tepung dan lemak sayuran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Koh Chin Huat, dalam suratnya kepada peruncit yang menyenaraikan 53 produk keluaran mereka.
Surat itu disahkan Gardenia di laman sosialnya. Katanya, peningkatan kadar pengangkutan sejak beberapa tahun lalu juga menjadi penyebab kenaikan harga.
“Kami ingin meyakinkan anda (pelanggan) bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.
“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas,” kata Gardenia dalam maklum balas ulasan pengguna di Facebooknya yang mahu syarikat itu mengesahkan kenaikan produk mereka.
Sebelum ni nak jimat belanja harian, tukar nasi kepada roti. Kalau dah roti pun naik harga, nak tukar kepada apa pulak ya? Hmmm..
itulah naik lagi harga, nak buat sendiri pun ambil masa, mau tak mau kena beli mudah, cepat.
kenapa dorang nak naik harga sedangkan saiz roti buku pun dorang reduce. Benda ni ramai tak alert. Tapi masa pergi speedmart, org kedai sendri cakap saiz roti gardenia dah mengecil. hurmmmm