Roseola, Punca Haziq Masuk Hospital

Dah seminggu lebih sejak keluar daripada wad KPJ tempoh hari. Trauma duduk kat wad masih lagi menebal. Trauma bukan sebab layanan kat sana teruk, tapi aircond dia.. sejuk nak mam***.

Dah macam duduk dalam peti ais. Nak switch off tak boleh, sebab nak kekalkan suhu badan Haziq supaya tak cecah 40 darjah celcius.

Hadeh.. merana weh. Daddy yang sebelum masuk wad sihat walafiat, masuk hari ke-3 dah demam dah.. Tak tahan sejuk. Duduk dalam bilik berbungkus macam duduk kat kutub utara. Nurse tengok senyum je. Hahaha.

By the way, demi anak ku gagahkan juga. Haziq masuk wad KPJ adalah kali pertama seumur hidup dia. Sebabnya kena masuk wad, cirit birit.

Mula-mula suspect Rotavirus, bukan. Demam on off suspect denggi, bukan. Inluenza? Pun bukan. Siap kena ambil darah 2 kali. Sekali pakej kena masuk antibiotik guna water drip. Kesian anak daddy. Nak tidur pun tak berapa selesa.

End up, dapat detect sakitnya disebabkan virus Roseola. Simptom-simptomnya adalah; cirit, demam, hidung berair.. dan, kalau dah kena mungkin seminggu dua baru boleh sembuh. So, berjaga-jaga lah ye. Haziq kena Roseola, 5 hari aku bermalam di wad. Huhuhu.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *