in ,

RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara


Satu benda yang aku kagum dengan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia), adalah mereka ini tak putus-putus muncul dengan program-program CSR yang baru. Terkini, disaat ramai orang bersuka ria dengan sambutan ulang tahun baru, RMHC Malaysia tampil untuk memberikan sumbangan bernilai RM100,000 kepada 50 buah rumah anak yatim diseluruh negara.

Sumbangan ini yang disampaikan baru-baru ini melalui satu majlis penyampaian mock cheque, diadakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat.

Untuk makluman,sebenarnya hasil sumbangan ini adalah berkat hasil kutipan daripada pelanggan-pelanggan McDonald’s  Malaysia yang membuat sumbangan melalui ”Tabung Merah” RMHC Malaysia dan Kios Pesanan Sendiri (SOK) di lebih daripada 300 restoran McDonald’s di seluruh negara, serta dari rakan niaga, pekerja dan francaisi McDonald’s.

Well.. mesti korang tak sangka kan kotak kecil duit syiling dikaunter pembayaran McDonald’s itu sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam membantu masyarakat? Ya, ia sangat berguna sebagai contoh untuk program CSR seperti yang dinyatakan diatas.

Memetik kata-kata En. Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia, “Kami percaya bahawa setiap anak-anak berhak menikmati masa kanak-kanak yang bahagia, dan mereka berhak untuk membesar dengan kuat dan sihat. RMHC Malaysia komited untuk memberi impak positif kepada mereka”.

Ya.. secara peribadinya aku setuju dengan apa yang dikatakan oleh Presiden RMHC Malaysia itu, dimana setiap anak perlu diberi hak untuk mereka merasa bahagia apabila lahir ke dunia ini. Tak kisah sama ada mereka adalah anak yatim sekalipun, mereka perlu dilayan dengan baik dan penuh kasih sayang.

Datuk Seri Rina juga turut menyatakan kegembiraannya melihat organisasi seperti RMHC Malaysia tampil dan memberi kembali kepada masyarakat terutamanya pada masa-masa sukar ini. Bagi pihak kementerian, beliau berterima kasih atas sokongan dari RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua rakyat Malaysia kerana sikap ini benar-benar melambangkan semangat #kitajagakita negara.

Maka sehubungan dengan itu, sekiranya korang berminat untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di Malaysia ini, sama ada dari segi dermaan ataupun ingin menjadi sukarelawan RMHC Malaysia, sila hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-78433388 ataupun boleh juga lawati rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation.

Dan sekiranya korang memerlukan maklumat yang lebih lanjut pula, boleh layari laman web rasmi mereka di rmhc-malaysia.my.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *