in ,

Ridel Boutique Hotel, Hotel Bajet Yang Murah Dan Berbaloi Di Kelantan


Wakaf Che Yeh bukan nama asing lagi di Kelantan. Bila sebut je nama tempat ni, pasti semua orang akan kenal. Kiranya dalam negeri Kelantan, tempat ini adalah diantara tempat paling tersohor didalam negeri.

Disebabkan populariti tempat ini yang tinggi di kalangan penduduk tempatan dan juga pengunjung baik luar ataupun didalam negara, maka ramai peniaga-peniaga dan usahawan yang datang membuka perniagaan mereka disini.

Boleh kata sebut saja apa yang nak dicari, pasti akan ditemui. Begitu juga dengan penginapan bajet buat pengunjung yang ingin berehat seketika untuk menghilangkan rasa lelah membeli belah dengan harga yang amat berpatutan.

Penginapan bajet tersebut adalah Ridel Boutique Hotel.

Terletak di tengah-tengah bandar, hotel bajet ini merupakan hotel yang strategik bagi mereka yang mencari kemudahan untuk bergerak membeli belah ke sana ke mari tanpa risaukan kesusahan mereka untuk pulang semula ke bilik hotel.

Malah bukan itu saja, apa yang menariknya Ridel Boutique Hotel ini apabila mereka turut menawarkan ruang parkir kereta yang dekat dengan hotel dengan harga yang murah iaitu RM2 untuk semalaman (lebih murah berbanding tempat-tempat parkir kereta lain yang mengenakan caj sebanyak RM5).

Dari segi penawaran bilik penginapan pula, setiap bilik dilengkapi dengan keperluan asas yang mana bagi aku, sejujurnya ia sangat mencukupi dengan kadar harga yang ditawarkan. Caj harga yang dikenakan adalah diantara RM120-RM190 untuk 1 malam.

Standard Twin

Standard Queen

Deluxe Queen

Deluxe Twin

Suite Family

Bilik air

Cafe

By the way, antara tarikan utama yang boleh korang lawati sekiranya bermalam di Ridel Boutique Hotel ini tak lain tak bukan Pasar Malam Wakaf Che Yeh kerana di sini korang boleh membeli belah bermacam-macam benda dengan harga yang murah.

Jadi sebelum terlupa, sekiranya korang bercadang untuk ke Wakaf Che Yeh dan berminat untuk bermalam di hotel ini, korang boleh membuat pilihan bilik dan tempahan terus melalui;

Ataupun sekiranya terdapat persoalan mengenai hotel, boleh hubungi pihak pengurusan Ridel Boutique Hotel melalui laman Facebook atau nombor telefon mereka seperti dibawah:


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *