Rezeki Jangan Ditolak

Entah dari mana puncanya, balik dari kerja sampai dirumah tiba-tiba ada sekeping surat daripada Etiqa. Dalam hati dah agak, ini mesti berkenaan dengan promosi insurans. Kalau bab-bab promosi, Hafiz malas nak layan sebab dah terlampau banyak komitmen yang perlu diutamakan.

Tetapi..Jeng jeng jeng..Bila dibuka surat tu, nah..suprise! suprise! Terpampang sekeping cek dengan note yang tertulis “surplus sharing“. Rezeki datang bergolek.

cek etiqa_surplus sharing

Hafiz tak dapat nak recall bila kali terakhir Hafiz beli insurans Etiqa. Tapi seingat Hafiz kalau yang ada yang berkenaan dengan Etiqa pun itu merupakan insurans roadtax kereta Proton Persona yang dah hampir 2 tahun dijual.

Musykil juga sebenarnya kerana ini merupakan kali kedua cek yang seakan sama Hafiz terima bermula daripada tahun lepas. Nak kata apa lagi, dah rezeki kan. Terima je seadanya. Kurang-kurang lepas juga beli pampers Khair. Terima kasih Etiqa, lain kali bagilah lagi. Lebih sikit pun tak apa. Hehehe.

p/s: Untuk renew roadtax tahun depan confirm Hafiz akan guna Etiqa.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

29 Comments

Leave a Reply
  1. Base on gmbo tuh, ni mmg payment for surplus sharing insurance kereta yg dl beli dgn etiqa.. Dieorg bwt paymnt for thn dl2 2008,2009 cmtu kot.. Cz xd claim sbb tuh dpt.. Nmpk sgt pemandu berhemah… 😀

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *