in

Review Tayar Bridgestone Ecopia EP200


Masuk hari ini dah hampir 3 minggu Vios aku menggunakan tayar baru Bridgestone Ecopia EP200.

bridgestone ecopia ep200

So far, prestasi tayar eco-friendly ini boleh dikira memuaskan hati. Naik bukit, turun bukit, jalan kering, jalan basah, high speed cruising, emergency brake, even corner lipat sekalipun semuanya okay. Terima kasih kepada material getah lembut yang digunakan, prestasi cengkaman.. memang best.

Test tayar baru sekali

Satu perubahan yang paling ketara apabila aku bertukar kepada tayar jenis ini apabila dari awal lagi aku dapat merasakan keringanan tayar Ecopia EP200. Mungkin disebabkan ianya diperbuat daripada getah yang lembut dan coraknya yang agak membelah angin, jadi ianya lebih ringan.

Jadi, no wonder lah disebabkan kelebihan ini juga pihak Bridgestone mendakwa ia dapat menjimatkan minyak sehingga 8%.

Yelah, rintangan dah berkurang. Jadi pemandu pun tak adalah perlu menekan pedal minyak secara berlebihan. Tekan pedal sikit-sikit, minyak pun guna sikit-sikit. Logik kan.

So, apa nak kata lagi. Setakat ini memang aku belum nampak apa-apa kekurangan terhadap tayar ini. RM190 sebiji, memang berbaloi dan puas hati bila pakai.

p/s: Potenza RE080 sekadar bertahan 60,000km+, Ecopia EP200 pulak.. Nanti kita tengok macam mana. Harap-harap lebih lama lah kan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

30 Comments

Leave a Reply
  1. Assalam,mengharapkan dapat pilih tayar yg sesuai dgn kelajuan kereta kite..nanti.. Tq review tayar yg sesuai ni

  2. Saya baru seminggu pakai ecopia ep200 195 55 15…memang ada perbezaan dgn sblum ni(conti cc5).harga rm175 sebiji free balancing, kedai kat dengkil.tq

  3. Saya pun baru plan nak tukar tayar Ecopia ni. Saya dapat harga RM165 untuk 195/55/15 sebiji. Murah kan ? Huhu. Esok insyaAllah akan ke kedai tu. Sekadar perkongsian, boleh hubungi incik tokey tersebut. Name beliau Jimmy. Apa2 boleh wassap beliau. Dia siap pos gambar tayar lg. Btw, jangan lupa tanya tahun tayar dikilangkan k. (Jimmy 012-3823858)

  4. Wah untung dpt harga 165 sebijik. Aku dpt 200 area kuantan. Foc alligment gn balancing. Nak ke klang semata tukar rs xberbaloi pulak

  5. Saya dh pakai tyr ecopia ni stahun lebih. Grip OK time ujan or pns. Bagi saya tayar ni agak lembut. Sekali saya langgar lubang area alam damai cheras tayar dpn blkg blah kiri koyak kat tepi. Saya tukar 2 tayar baru and 3 hari lepas sekali lg saya masuk lubang time ujan lebat area Monash uni sunway and tayr depan blah kiri yg baru tukar koyak lagi kat tepi. Bagi saya tayar ni agk lembut.

  6. mase pakai maxxis victra (performance tyre) kete spin smpai gear 2. Skali ingatkan ep200 ni lagi ayam. Last2 dah x bleh spin gear 2.

  7. Br 2 minggu pakai mmg tayar dia lebih senyap drp federal evo 595 cuma rasa ringan tayar dapat Rm280/pc kat Yu Leck Rawang selajur ngan BIMB rawang

  8. Salam semua. Baru tadi tukar tyre jenis ni Ecopia EP200 sebijik rm175 di Caw. Bridgestone, Bukit Rahman Putra. Dah byk tmpt aku buat survey. Yg ni paling murah. Staf dia pun cermat buat kerja.

  9. Sblm ni pakai tyre jenis Sylverstone jenis Eco-Friendly leh sampai 83000 km. Nk tgk tyre Bridgestone sampai mana leh gi jauh.

    • Hmm…skrg ni tyre EP200 pakai sampai botak boleh tahan 75,000 km berbanding tyre sblm ni. Beza dlm 8000 km dgn tyre Sylverstone.

  10. 195/55/15

    Bridgestone ep200 lebik baik dari michelin xm2, grip dry/wet better, more quiet, both thread same duration.

    Kalau dibandingkan dengan goodyear nct5, tak payah lah sebab nct 5 tayae yang paling teruk i pernah pakai, masa kering dan basah kereta pun boleh buang.. Tahi betul tayar ni.

    Bila dibanding dengan hankook, tayar korean, tayar korean hankook tak boleh pakai langsung, dah pakai banyak jenis hankook tapi semua macam pandu boat… Memang menyesal..

    Pernah pakai goodrich ge sport memang corner wet/dry best gila, boleh taruh kawkaw corner kereta masih melekat, tapi tayarnya terlebih keras dan menghasilkan bunyi angin yang kuat dan bising..

    So kalau nak practical, nak kereta sunyi macam kereta mewah, pakai bridgestone ep200 ni memang jadi.. Harga berpatutan, memberi kepuasan!

  11. Aku pakai bulan 9 2013, hari ni 8/2015 depan dah nak kena tukar. Jarak perjalanan 50000km. Tayar size 205/55/16. Sepanjang pakai rasa ok. Takda masalah. So nak tukar 2 biji depan pula ep200 juga. So nanti dia habis dengan belakang serentak.

  12. Ada orang cakap tayar bridgestone nie bunyi kuat & mudah koyak kalo kena batu tajam. Betul ke..? Tengah survey2 nak tukar tayar.. huhu

  13. Saya baru tukar ep200 juga. 195/55/15 minggu lalu, tapi i baru nampak tyre sidewall takda rating for treadwear, temperature dan traction. Sesiapa boleh confirm ini memang biasa bagi bridgestone ep200 atau i terbeli abnormal tyre? Sepatut ada tulis contoh: treadwear 360, temperature A dan traction A. I pernah guna Goodyear, Falken & Michelin semua ada.

    • betul.. betul.. betul.. sampai sekarang masih mencari info tentang treadwear, temperature dan traction EP200.. dalam website pun tak ada nyatakan info tu.

  14. tayar ini mmg best…aku beli Rm 175 sepasang..dapat beg galas sekali kebetulan promosi, beli di kedai tayar.. buka website Bridgestone cari lokasi kedai tayar ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *