in

Review Kitab Teknik SEO Merah Jambu


Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu telah berada dipasaran.

Ramai diantara rakan blogger yang selama ini tertunggu-tunggu untuk mencedok ilmu daripada pakar affiliate, Encik Titan, telah berjaya mendapatkan salinan masing-masing. Hafiz juga tidak terkecuali.

Tanpa melengahkan masa lagi..

Kitab Teknik SEO Merah Jambu

REVIEW KITAB TEKNIK SEO MERAH JAMBU

Design

  • Sekilas pandang terhadap pengenalan ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu ini, boleh dikatakan ia merupakan ebook yang paling ringkas pernah Hafiz temui. Ringkas..tetapi bukan bermakna isinya kosong, hanya ringkas dari segi design dan juga reka bentuk. Tiada istilah catchy design yang dipamerkan bagi menambat hati pembaca. Mungkin juga disebabkan penulis ebook ini bukan seorang graphic designer, maka perkara ini tidak perlu terlalu dititik beratkan.

Isi kandungan

  • Merupakan unique selling point kepada ebook ini.
  • Pengolahan serta penyusunan ayat yang digunakan mudah untuk difahami. Banyak info-info yang sukar diperolehi ditempat-tempat lain diselitkan antaranya ialah cara-cara mengenali program affiliate yang boleh dipercayai, ciri-ciri affiliate yang disukai ramai, teknik-teknik mendapatkan sales dan juga contoh-contoh penulisan entri promosi yang telah berjaya menarik minat pembeli.
  • Tidak kurang juga perkongsian mengenai ciri-ciri dan contoh penggunaan Teknik SEO Merah Jambu didalam entri dan keyword-keyword tertentu.
  • Dan yang paling menarik perhatian adalah “The Missing Chapter” dimana rahsia-rahsia terhebat penulis telah diletakkan didalam satu folder khas yang memerlukan pembaca supaya menggunakan akal fikiran untuk mencari dimanakah kedudukan sebenar file sulit itu. (Part ni saya dapat selesaikan dalam masa tidak sampai 5 saat..terasa bangga sekejap)

Harga

  • Sangat berbaloi untuk mereka yang ingin serius buat duit dengan blog. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Seminar Buat Duit dengan Blog (SBDdB 2013) tempoh hari. Dengan input serta pengalamannya selama 10 tahun didalam dunia affiliate, sesuai jika Hafiz katakan bahawa nilai yang diletakkan lebih rendah berbanding dengan ilmu yang dikongsikan.

Kesimpulannya, jika anda merupakan seorang blogger yang sedang mencari rentak yang betul didalam dunia affiliate..Hafiz sarankan supaya belilah ebook ini dengan kadar yang segera. Kerana, harga istimewa yang ditawarkan sekarang hanyalah kepada 100 pembaca pertama sahaja. Walaupun dari segi luaran ebook ini tidak begitu menarik, tetapi percayalah bahawa apa yang bakal dipelajari nanti sedikit sebanyak akan membantu anda semua dalam misi menjana pendapatan secara pasif melalui blog.

Bagi yang berminat, boleh dapatkan ebook itu disini -> Kitab Teknik SEO Merah Jambu

p/s: Nak pinjam dengan aku boleh, tapi aku bagi first page je la. Hehehe. Maaf, ilmu yang diberikan secara percuma biasanya tidak akan dihargai.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

37 Comments

Leave a Reply
  1. Teringin nak beli, tapi keperluan banyak sangat nak di penuhi.. Tanggungjawab makin berat.. Mungkin lain kali..

  2. tak reti sangat pasal teknikal ni huhu
    buat masa ni, fokus yang pandai dulu hehe
    moga berjaya denga si merah jambu

  3. hehe ak stuju ngan ayat last, orng kita ni benda2 free biasanya diorang tak hargai terutamanya ilmu… apa salahnya kluarkan sikit tuk something bernilai mcm ni.. hehehe.. ehh mr titan dah baca lum review ni?

  4. Walaupun harganya RM100 tetapi Asyrof tetap akan beli sebab ia ditulis oleh seorang pakar bidang.

  5. Fokus utama saya dalam affiliate marketing. Seo memang tunjang utama untuk mendapat sale bagi produk-produk bukan niche IM. Saya rasa kena dapatkan juga bro titan punya ebook ni untuk mantapkan lagi ilmu saya terutama bila saya tertarik dengan ‘missing chapter’ tu. Tertanya-tanya saya teknik tu. Alhamdulillah, sampai ke hari ini saya telah menjana ribuan ringgit dalam bidang affiliate di Malaysia. Tak perlu main affiliate luar pun boleh jana duit. Teknik saya suka pakai seo dan fb ads. Tapi seo paling senang sebab jenis ‘tepek dan tinggal’ hehe

Leave a Reply to Asyrof - Blogger Tanah Arab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *