Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu telah berada dipasaran.
Ramai diantara rakan blogger yang selama ini tertunggu-tunggu untuk mencedok ilmu daripada pakar affiliate, Encik Titan, telah berjaya mendapatkan salinan masing-masing. Hafiz juga tidak terkecuali.
Tanpa melengahkan masa lagi..
REVIEW KITAB TEKNIK SEO MERAH JAMBU
Design
- Sekilas pandang terhadap pengenalan ebook Kitab Teknik SEO Merah Jambu ini, boleh dikatakan ia merupakan ebook yang paling ringkas pernah Hafiz temui. Ringkas..tetapi bukan bermakna isinya kosong, hanya ringkas dari segi design dan juga reka bentuk. Tiada istilah catchy design yang dipamerkan bagi menambat hati pembaca. Mungkin juga disebabkan penulis ebook ini bukan seorang graphic designer, maka perkara ini tidak perlu terlalu dititik beratkan.
Isi kandungan
- Merupakan unique selling point kepada ebook ini.
- Pengolahan serta penyusunan ayat yang digunakan mudah untuk difahami. Banyak info-info yang sukar diperolehi ditempat-tempat lain diselitkan antaranya ialah cara-cara mengenali program affiliate yang boleh dipercayai, ciri-ciri affiliate yang disukai ramai, teknik-teknik mendapatkan sales dan juga contoh-contoh penulisan entri promosi yang telah berjaya menarik minat pembeli.
- Tidak kurang juga perkongsian mengenai ciri-ciri dan contoh penggunaan Teknik SEO Merah Jambu didalam entri dan keyword-keyword tertentu.
- Dan yang paling menarik perhatian adalah “The Missing Chapter” dimana rahsia-rahsia terhebat penulis telah diletakkan didalam satu folder khas yang memerlukan pembaca supaya menggunakan akal fikiran untuk mencari dimanakah kedudukan sebenar file sulit itu. (Part ni saya dapat selesaikan dalam masa tidak sampai 5 saat..terasa bangga sekejap)
Harga
- Sangat berbaloi untuk mereka yang ingin serius buat duit dengan blog. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadirkan diri ke Seminar Buat Duit dengan Blog (SBDdB 2013) tempoh hari. Dengan input serta pengalamannya selama 10 tahun didalam dunia affiliate, sesuai jika Hafiz katakan bahawa nilai yang diletakkan lebih rendah berbanding dengan ilmu yang dikongsikan.
Kesimpulannya, jika anda merupakan seorang blogger yang sedang mencari rentak yang betul didalam dunia affiliate..Hafiz sarankan supaya belilah ebook ini dengan kadar yang segera. Kerana, harga istimewa yang ditawarkan sekarang hanyalah kepada 100 pembaca pertama sahaja. Walaupun dari segi luaran ebook ini tidak begitu menarik, tetapi percayalah bahawa apa yang bakal dipelajari nanti sedikit sebanyak akan membantu anda semua dalam misi menjana pendapatan secara pasif melalui blog.
Bagi yang berminat, boleh dapatkan ebook itu disini -> Kitab Teknik SEO Merah Jambu
p/s: Nak pinjam dengan aku boleh, tapi aku bagi first page je la. Hehehe. Maaf, ilmu yang diberikan secara percuma biasanya tidak akan dihargai.
Teringin nak beli, tapi keperluan banyak sangat nak di penuhi.. Tanggungjawab makin berat.. Mungkin lain kali..
takpe..ada masa lagi bro..bila rasa nak beli tu beli la dari link aku bagi tu ye..heheh
tak reti sangat pasal teknikal ni huhu
buat masa ni, fokus yang pandai dulu hehe
moga berjaya denga si merah jambu
hehehe..terima kasih kak. 🙂
“The Missing Chapter”, rasanya mcm pernah dengar jer dulu…
hoho..aku pun macam pernah dengar..tapi kat mane ye
oho..dah beli le tu..ehehe..buat rasa meliur plak nak beli..:D
jangan terliur lebih sangat bro..lagi afdal kalau beli terus..hehe
menarik..
rasa cm teringin nak try…
try bro..tak try nanti rugi
kalau hanya cantik tetapi tak ada isi berguna tak guna juga kan..yang penting apa yang disampaikan tu..
Tepat sekali bro
hanya sesuai utk mereka yang terlibat dalam program affiliate je ke..??
Isi kandungan lebih kepada affiliate bro..dalam 80% macam tu
hehe ak stuju ngan ayat last, orng kita ni benda2 free biasanya diorang tak hargai terutamanya ilmu… apa salahnya kluarkan sikit tuk something bernilai mcm ni.. hehehe.. ehh mr titan dah baca lum review ni?
biasa la..dah diajar macam tu sejak azali..hehehe..
entah..aku rasa dah baca..cuma dia malas nak komen..hahaha
hehe dah baca kat blog dia, dia nampak hargai review mu…hehe 🙂
itu la..terbaca jugak..terharu jap..hhehe
Walaupun harganya RM100 tetapi Asyrof tetap akan beli sebab ia ditulis oleh seorang pakar bidang.
Asyrof beli dari link yang saya bagi tu..dapat komisyen ckit kat saya..hehe
Aku pun terfikir nak beli jugak…
wahh..sudah buat review dah rupanya…
nanti kalau ada rezeki lebih sikit nak beli jugalah..
beli bro..jangan tak beli
pergh siap ada salinan lagi tuh, ala aku pun nak salinan tuh, hehhee
Aya pun dah beli ebook ini.. santai, sempoi dan lain daripada yang lain ebook ni.. 🙂
kalau formal sangat mesti ngantuk nak baca kan..hehe
Ulasan ebook yang ringkas dan menarik… Good Job..
Fokus utama saya dalam affiliate marketing. Seo memang tunjang utama untuk mendapat sale bagi produk-produk bukan niche IM. Saya rasa kena dapatkan juga bro titan punya ebook ni untuk mantapkan lagi ilmu saya terutama bila saya tertarik dengan ‘missing chapter’ tu. Tertanya-tanya saya teknik tu. Alhamdulillah, sampai ke hari ini saya telah menjana ribuan ringgit dalam bidang affiliate di Malaysia. Tak perlu main affiliate luar pun boleh jana duit. Teknik saya suka pakai seo dan fb ads. Tapi seo paling senang sebab jenis ‘tepek dan tinggal’ hehe
haha.. tepek dan tinggal.
betul. Tapi kekadang, tak leh tinggal lama-lama. hehe
wah..dah pernah buat duit ribu2 dengan affiliate jugak ye..saya nak kena menuntut dengan bidadari jugak ni.hehe
hurmmm.. yelah org kita ni..mintak maap nk cakap..klu boleh semuanya nak free…n cepat..
mesti dimiliki!
Teringin nak beli tapi duit belum cukup lagi..tggu masa je nanti.
teringin pulak nak beli ebook ni…dapat tambah koleksi ebook lagi kalau beli ni + tambah ilmu..:D
kena sambar cepat bro..dah nak habis tempoh ni
Sesuai untuk pemain affiliate dan newbie.. penyampaian yang cukup menarik dan santai..