Sepatutnya petang tadi dah janji dengan isteri dan Khair untuk bawa diorang pergi bersiar-siar. Tapi bila baliknya dari satu blogger event di Shah Alam, isteri kata tak larat pula nak keluar. So, petang tadi masa terluang dihabiskan dengan sesi menonton tv sahaja.
Aiseh..tapi kalau hari cuti asyik menonton tv pun tak seronok juga. Sambil-sambil tu kena ada kudap-kudap. Jadi, gua pun memaksa isteri dan Khair mengikuti gua ke Warta Bangi untuk mencari bahan-bahan membuat macaroni cheese.
Ahaa..jangan kata lelaki tak pandai masak. Kali ni gua yang masak sendiri tau.
Okay, cara nak buat macaroni cheese ni senang aje. Bahan-bahan yang perlu ada adalah macaroni, powder cheese dan air panas.
- Rendam macaroni untuk seketika supaya ianya sedikit mengembang, kemudian rebus supaya ianya menjadi lembut
- Bancuh powder cheese bersama air panas secukup rasa. Jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.
- Gaul macaroni bersama cheese yang telah dibancuh
Siap! Dah boleh makan. Sedap woo. Hingga menjilat jari. Amacam pandai tak gua? Ada ciri-ciri jadi Masterchef Malaysia tak? Haha.
Nota: Powder cheese isteri beli RM18 untuk 200 gram.
resepi macaroni yang paling sempoi yang saya pernah tengok… huhu~
btw, kalau sedap, boleh cuba buat nih…
Akuro San recently posted..Resepi Daging Masak Asam Rebus
sila lah cuba.hehe
haha..tak susah rupanya..
tapi gua tak gemar makan macoroni nih. tak tahu kenapa..
titan recently posted..Fahami Asas dan Panduan Lengkap Buat Duit dengan Blog.
nanti gua keluarkan resipi cendol plak..
Baru gua tahu macam mana nak sediakan. Powder cheese asing rupanya. Okay2 nak try jugak nanti.
adikensem recently posted..Pengalaman Pertama Cabut Undi Rumah Alam Prima 2 Shah Alam SPNB
aaauummm..suap sini skit bro
blogger lelaki recently posted..Komen Pertama Di Youtube
umi den dah banyak kali mintak den buat makaroni ni.. nanti nak kena buat gak la demi ibu tercinta
zuan recently posted..Kenapa Hari Ini Lebih Bagus Untuk Membeli Barang Secara online?
Tapi jgn malan byk2 nanti berak2…
hafiz recently posted..Khaleeda sudah 2 bulan
untunglahhhh…. pos kat aku skettt… haha
Nizam Ijam recently posted..Pelancaran Restoran Adam Lai Ebby Yus
wahhh, nampak mudah jer tgk
Juan recently posted..Isu Kalimah Allah Semenanjung Malaysia
tergelak baca tajuk entry ni. hahahaha!! oklah tu, jadi jugak. asalkan boleh makan, perut kenyang
Lizz recently posted..Jadilah Blogger Yang Dinanti Bukan Blogger Yang Minta Dimaki
hahaha..itu sebab tukang buatnya jantan..
Wowwwww…nmpk mcm sedap..klau cmni kne cri cheese powder gak la nk buat..kikiki