in

Resipi Cheesy Wedges Bujang


Hari ni aku nak jadi chef lagi..chef masakan ekspress..

Dalam entri lepas, aku ada keluarkan resipi untuk buat macaroni cheese kan..So, kali ni aku akan tunjukkan resipi cheesy wedges pulak. Mudah je sebenarnya.

  1. Mula-mula, beli wedges segera di mana-mana kedai yang korang suka. Tak mahal pun, bawah RM10 je.
    cara buat cheesy wedges_1
  2. .Kemudian gorengkan secukup rasa
    cara buat cheesy wedges_2
  3. Bila dah siap goreng, kena siapkan cheese pula.
    cara buat cheesy wedges_3
  4. Bancuh cheese dengan sedikit air..adun hingga sebati.
    cara buat cheesy wedges_4
  5. Bila cheese dah siap, tuangkan je diatas wedges yang sudah digoreng. Tadaa..Siap!
    cara buat cheesy wedges_5

Khair kata sedap..makan hingga menjilat jari. Mintak sikit pun taknak bagi. Haish..kemut betul.

cara buat cheesy wedges_6

p/s: Ini satu lagi bukti bahawa lelaki macam aku memang pandai masak. Hehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply
  1. Cheesy wedges ni memang jadi favorite. Kalau ada masa terluang mesti nak buat. Walaupun resipi orang bujang, mak budak pun terliur gak dah nak dekat-dekat lunch nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *