Bukan calang-calang orang yang boleh membina replika Millenium Falcon sebesar ini, yang mana ia dinobatkan sebagai replika terbesar didunia.
Dengan menggunakan sebanyak 200,000 kepingan LEGO, ia mengambil masa kira-kira 3 hari (30 jam sebenarnya) untuk menyiapkannya.
Terletak di bilik pameran bersebelahan dengan Pizza Mania, didalam taman tema Legoland, replika ini dipertontonkan secara umum sempena dengan sambutan LEGO Star Wars Day.
Aku diantara yang bertuah dapat melihatnya kerana minggu lalu aku bersama keluarga telah meluangkan masa untuk makan angin di taman tema tersebut.
Dibina oleh Dan Steininger dan Chris Steininger (iaitu pasangan bapa dan anak), replika ini ternyata mencuri perhatian setiap orang apabila ramai yang datang kesini teruja untuk ber”selfie” dengannya, termasuklah diri aku sendiri.

Fuhh.. Gabungan duo yang mantap. Dua Master Builder bersatu mengambil masa 30 hari. Agaknya kalau aku ditempat mereka, berapa lama agaknya replika ni nak disiapkan. Heh.
Jadi, kepada korang yang ingin melihat sendiri Millenium Falcon ini secara lebih dekat, korang dijemput untuk datang ke Legoland yang terletak di bandar Nusajaya, Johor.
Disamping dapat menjadi saksi kewujudan replika terbesar di dunia ini, korang juga boleh mengambil peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama-sama anak-anak ataupun keluarga dengan bermain di tempat-tempat permainan LEGO yang menarik (ataupun boleh ke Star Wars Miniland bagi peminat sejati siri filem Star Wars) yang telah disediakan di taman tema Legoland.
Jangan risau, kalau korang rasa peruntukan sehari untuk jalan-jalan didalam Legoland tak mencukupi.. Hotel Legoland kan ada. 🙂
Sedikit fakta biografi mengenai Master Builder duo:
- Dan Steininger
- Beliau mula belajar dan bermain LEGO apabila anaknya berusia 7 tahun
- Merupakan salah seorang daripada 7 senior Master Builder seluruh dunia yang bekerjasama dengan LEGO Group
- Pernah membina replika LEGO Darth Vader setinggi 4 meter dan juga replika LEGO Yoda setinggi 2 meter dengan menggunakan 250,000 kepingan LEGO.
- Chris Steininger
- Mengikut jejak langkah ayahnya, dimana beliau merupakan salah seorang daripada 7 Master Builder seluruh dunia yang bekerjasama dengan LEGO Group
- Bersama-sama ayahnya, beliau membina replika LEGO Millenium Falcon yang terbesar didunia
- Juga pernah membina replika X-Wing di New York, yang turut dinobatkan sebagai yang terbesar didunia
Nota: Kalau nak anak-anak masuk secara percuma, korang pakaikan mereka dengan kostum Star Wars. Sah untuk bulan Mei 2016 sahaja dan untuk mereka yang berumur 11 tahun kebawah. Klik gambar untuk info lebih lanjut.
pehh..
besaq gila.
sape la yang gila rajin wat falcon nih.
Wow… bestnya.. besar dah macam sebuah kereta mini jer..
kapal han solo….tau yg tu jer…..ehehehe
Fuhhhh.. best giler dapat tgk depan mata model legi starwars ni..
New Entri PROMOSI HARGA RUNTUH SHAWL Exclusive by Papaglamz
Wah …..besar swkali replika legolan nya …