Rentap – Filem Aksi Parkour Yang Mendebarkan

Filem Rentap bakal menemui penonton pada 4hb Disember ini.

Poster filem rentap the movie

Filem ini yang bakal mempertontonkan aksi-aksi lagak ngeri parkour dilakonkan oleh Syafie Naswip, Zahiril Adzim dan juga Elfira Loy sebagai bintang utama.

Parkour jika masih ada yang belum tahu,

Ia adalah sejenis aktiviti sukan yang berasal dari negara Perancis. Ia merupakan satu seni pergerakan badan yang bertujuan untuk memudahkan seseorang itu bergerak daripada lokasi A kepada lokasi B dalam tempoh masa yang singkat dan pantas.

Filem Rentap 2014

Sinopsis ringkas

Filem ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik iaitu Rashdan (Syafie Naswip) dan Rashid (Zahiril Adzim) yang mahir dalam sukan parkour. Mereka berdua ini mempunyai perwatakan yang agak kasar tetapi sebenarnya mempunyai hati dan perasaan yang lembut.

Membesar sebagai anak yatim, membuatkan mereka begitu mengambil berat akan rumah anak yatim yang dihuni oleh mereka.

Zamri, iaitu pengendali kepada rumah anak yatim itu merupakan seorang yang baik hati dan juga penyayang tetapi dia mempunyai sejarah hitam di masa lampau.

Dilema kembali menghantui apabila sekumpulan gangster mula mengganggu hidup Zamri. Dia dipaksa untuk menyembunyikan stok dadah didalam rumah anak yatim tersebut. Dalam masa yang sama juga salah seorang daripada anak yatim rumah itu yang bernama Sofiya, diambil sebagai tebusan.

Keadaan makin bertambah tegang bila mana dadah-dadah tersebut telah dilupuskan oleh Rashdan dan Rashid secara tidak sengaja didalam mangkuk tandas.

Sedar akan nyawa Sofiya yang semakin terancam, Rashid dan Rashdan mula merancang satu misi untuk menyelamat dan menumpaskan sindiket ini. Dengan bantuan Eliana (Elfira Loy) iaitu seorang wartawan yang cukup berani, misi berbahaya ini diteruskan.

Sepanjang tempoh filem ditayangkan, pelbagai aksi-aksi parkour dipertontonkan.  Korang dapat melihat aksi-aksi melompat dari bangunan ke bangunan, lompat pagar, lompat kereta dan bermacam-macam lagi skill menarik lain yang sangat mendebarkan.

Fuh.. seakan-akan filem antarabangsa.

Rentap Official Trailer

Rentap Official Music Video

Jadi, bagi peminat filem aksi-aksi lasak, jangan lupa plotkan kalendar masing-masing ye. Kita serang panggung wayang berdekatan. Jom parkour!

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

11 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *