in

Renew Roadtax Online Sebab Malas Keluar


Buat kali ke-8 aku renew roadtax dengan MYEG. Dah jadi rutin tahunan, asal nak renew roadtax vios aku mesti masuk web MYEG je, sebab semua urusan mudah. Kerana segala rekod telah tersimpan dan sistem diorang jugak berupaya untuk auto link kan dengan database Etiqa Takaful untuk matchkan takaful kereta korang dengan roadtax yang akan direnew.

Seperti ramai sedia maklum, insurans atau takaful kereta wajib beli dulu sebab untuk perlindungan. Maka secara asanya, aku beli dulu takaful untuk vios aku secara online jugak (ala insurans atau takaful yang nak cover kereta kita berapa ribu tu la, ada cover pecah cermin, banjir bagai tu), kemudian bila dah ada takaful baru aku pergi ke laman web MYEG untuk renew roadtax pulak (yang sticker roadtax korang tampal kat cermin kereta tu).

Faham kan.. benda mudah je. Ada takaful, baru boleh renew roadtax. Tak ada insurans atau takaful, tak boleh renew roadtax. Gitewww.

So untuk tahun ni memandangkan bajet tak berapa nak kuat, maka sum covered vios aku ambik adalah cuma RM23,000 je. Kenapa tak ambik tinggi? Ala.. aku dah check online market value kereta aku. Maksimum value untuk usia vios aku mampu pergi dalam RM26,000 je. Jadi kenapa ambil lebih? Playsafe, ambik kurang sikit daripada value tu.

Dengan 10% rebet dan NCD pulak 55%, jadi dapatlah pengurangan lebih daripada separuh harga (sebab tu penting jaga NCD).. menjadikan contribution takaful aku untuk tahun ini adalah RM615.39 je.

Tu dah termasuk dengan windscreen protection dan juga additional coverage untuk bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, riot dll. Bahaya weh kalau tak ambik, kat KL sekarang banyak banjir kilat. Nak jadi tu tak ada warning langsung. Hohoho

Seterusnya.. Klik next.. next.. next.. proceed bayar takaful secara online. Masuk detail peribadi. Lepas tu bayar pulak roadtax kat MYEG, yang ni dalam RM99+.

Akhirnya.. urusan siap. Now tunggu je la roadtax tu sampai ke rumah. Biasanya kalau aku selesai urusan renew roadtax pagi, petang dah boleh dapat dah roadtax tu. Paling tak pun esoknya diorang akan deliver.

Ahh hari ni ke esok, itu tak jadi masalah pun. Pandai-pandai lah diorang hantar nanti. Janji tanggungjawab aku dah selesai. Lega dah satu perkara. Heee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *