in

Renew Road Tax Online Dengan MYEG


Sebelum aku guna Vios, aku memang dah jadi pengguna setia MYEG. Tiap kali nak renew road tax kereta, mesti aku akan bayar secara online melalui sistem diorang je. Bagi aku ianya mudah, pantas dan tak memenatkan.

Kalau ikutkan transaction history, tahun ini dah merupakan kali ke-5 aku renew road tax Vios dengan mereka.

Cara nak renew road tax secara online melalui MYEG

Simple je prosesnya. Apa yang perlu korang ada, hanyalah insuran kereta yang sah (belum tamat tempoh ataupun telah di-renew) – Jika insurans kereta korang dah mati, boleh juga renew secara online. Korang pergi ke laman web motortakaful.com, beli insurans kereta korang kat sana. Untuk makluman, motortakaful.com menawarkan insurans Etiqa Takaful. So far melalui pengalaman aku, Etiqa Takaful okay je.

Lagi seronok bila tiap-tiap tahun pihak Etiqa Takaful akan hantar cek ke rumah dalam RM60-70 atau lebih sekiranya korang tak ada claim apa-apa kemalangan.

Bila dah ada insurans kereta yang sah, korang log masuk ke myeg.com.my (Nota: Perlu dimaklumkan, kalau korang tak pernah guna MYEG secara online sila daftar dan create akaun dulu).

Kemudian pilih JPJ (Jalan Pengangkutan Jalan).

Dari situ pilih pula klik Road Tax Renewal (Baharui Cukai Jalan).

Maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran kereta dan yang lain-lain hendaklah diisi. Tak lupakan juga, bahagian yang paling penting iaitu renewal period. Pilih betul-betul sama ada korang nak renew road tax untuk tempoh 6 bulan ataupun 1 tahun.

Nota penting: Menggunakan sistem MYEG, proses road tax renewal ini akan di-link-kan terus dengan insurans yang korang beli melalui laman web motortakaful.com tadi. Sekiranya insurans korang berlainan daripada Etiqa Takaful, mungkin korang kena rujuk balik nombor rujukan covernote insurans yang telah korang beli.

Selesai isi butiran yang diminta, klik proceed untuk buat pembayaran. Pembayaran terdapat dalam 2 pilihan iaitu kad kredit ataupun online banking. Tapi bagi aku, aku prefer bayar melalui online banking je. Tak kuasa nak tambah hutang dengan kad kredit. Huh.

Pilihan lain yang ditawarkan melalui MYEG, korang boleh mohon untuk dapatkan penghantaran ke pejabat ataupun rumah. Dan sekiranya korang nak dapatkan road tax hari tu jugak, boleh je ambil Express Delivery.. inshaAllah boleh dapat hari tu jugak.

Yeay. Dapat dah

p.s: Simplify your life, orang dah buat kesenangan kita guna je. Semata-mata nak pergi beratur dekat JPJ untuk buat roadtax.. Hmm.. it’s not me la. Dalam sejam, macam-macam benda boleh buat.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *