in

Renew Lesen Tak Sampai 5 Minit?


Tak sangka. Mudahnya sekarang. Nak renew lesen di pejabat pos bukan main cepat lagi dah boleh siap.

Tekan mesin ambil nombor, teller panggil ke kaunter, serah kad pengenalan serta lesen yang dah tamat tempoh, kemudian data dimasukkan ke dalam sistem, print kad. Siap!

Tak sampai 5 minit di kaunter, urusan dah siap.

Bawah kacak, atas hensem.

Teruja betul aku dengan sistem baru diorang. Tak macam dulu nak print atas kertas lepas tu laminate. Dah la tak cantik, gambar pun takde. Rasa kuno gila. Hahaha.

Tapi sebelum aku renew lesen kat pejabat pos Alamanda ni, hampir-hampir jugak aku nak renew lesen melalui MYEG. Dah la road tax hari tu pun dah renew dengan MYEG jugak, semuanya nak MYEG. Ceh.. Dasar nak semua benda mudah je kan. Hehehe.

Tapi, disebabkan Jumaat lepas aku MC. Aku gagahkan diri terus je ke Pejabat Pos Alamanda lepas solat di masjid. Nak pergi hari lain memang payah,nak tunggu sabtu ahad. Takut tetiba ada roadblock tengah jalan, tak ke naya kena saman. Hoho..

Sekarang.. Lesen dah hidup balik. Hati dah senang. I am the street king no more. Sebulan lesen mati weh. Nasib baik tak setahun. Hah.

By the way, pejabat pos Alamanda buka sampai hari ahad.

Lokasinya berdekatan dengan ARL Power Bowl Alamanda

Isnin hingga sabtu dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Manakala untuk sabtu minggu pertama setiap bulan dan hari ahad, ianya dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Nota: Renew lesen di pejabat pos, tak perlu bawa gambar passport. Sistem akan guna balik gambar di kad pengenalan.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

7 Comments

Leave a Reply
  1. memang biasa dalam 5 minit aje.

    kat myeg ke..kat pejabat pos ke..

    sama aje prosesnya.

    tapi tengok orang la..

    selalu.yang lama tu..orang ramai sebab diorang pun macam ko..nak renew lesen gak.

  2. urusan dah semakin mudah sekarang ni…macma aku ni..baik gi jpj je..sebab duk sebelah ofis je..jalan kakai terus sampai jpj..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *