Common problem bagi mereka yang pernah mendaftarkan perniagaan di SSM adalah ketika nak renew lesen yang dah tamat tempoh. Actually, nak renew lesen SSM sebenarnya bukan susah. Cuma kebanyakan orang yang lesennya dah tamat tempoh malas nak renew disebabkan oleh susah nak hadirkan diri ke pejabat SSM untuk urusan renew lesen. Majoriti merasakan proses itu sangat remeh.
Sama juga seperti aku, untuk menghadirkan diri ke SSM menyebabkan aku terpaksa ambil cuti bekerja.. yang mana dalam setahun cuti bekerja aku adalah sangat terhad. Ambil cuti sehari semata-mata nak pergi SSM? Hmm perlu fikir 3-4 kali.
Dek kerana aku ingin meminimakan keperluan aku untuk cuti atas urusan-urusan sebegini dimasa akan datang, maka aku ambil inisiatif untuk daftarkan data peribadi didalam portal ezBiz – ezbiz.ssm.com.my.
Apa itu ezBiz?
Sebenarnya ia adalah portal dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ia berfungsi sebagai pendaftaran perniagaan dalam talian yang membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan, menamatkan serta membeli maklumat perniagaan.
Cara-cara mendaftar?
- Masuk ke laman portal ezbiz.ssm.com.my.
- Klik pada Sign Up
- Isikan ID type (pilih NRIC), ID No. (Nombor kad pengenalan) dan Name as per IC (Nama sebenar), kemudian tekan Register.
- Korang akan dibawa ke satu laman baru, Registration Information, yang memerlukan korang untuk mengisi segala maklumat yang diperlukan. Isi kemudian Save.
- Satu email SSM-EZBIZ User Registration Notification berserta nombor rujukan akan dihantar ke alamat email yang telah didaftarkan.
- Dan email tersebut perlu dicetak, kemudian dibawa bersama kad pengenalan diri ke kaunter SSM yang terdekat dalam tempoh 14 hari untuk proses pengesahan cap jari.
- Selesai proses pengesahan, dalam tempoh beberapa jam korang akan menerima satu email EzBIz Account Activation yang menyatakan korang dah boleh renew lesen dimasa akan datang secara online. Siap.
Cara-cara renew lesen perniagaan secara online melalui portal ezbiz.ssm.com.my.
- Masuk ke laman portal ezbiz.ssm.com.my.
- Masukkan username dan password, kemudian Sign In
- Klik pada MyBiz Services > Renewal by Owners
- Pilih lesen perniagaan mana yang ingin diperbaharui dengan klik pada butang “Action” disebelah kanan
- Pilih tempoh tahun, tick pada kotak pengesahan kemudian Proceed to Payment
- Untuk step yang seterusnya korang boleh rujuk no.6 dan seterusnya didalam gambar rajah yang disertakan dibawah
Mudah je kan? Cuma part nak kena pergi kaunter SSM untuk pengesahan cap jari tu agak leceh.
Tapi tak apa la, as long as first thumbprint verification dah dibuat.. tahun-tahun yang akan datang tak perlu buat pengesahan lagi dah. Next renewal, sambil makan nasi mengadap laptop pun dah boleh renew. Hahaha.
Nota – Kadar caj yang dikenakan untuk renew lesen perniagaan; RM60.00 jika lesen menggunakan nama trade/jenama/bisnes ataupun RM30.00 jika lesen menggunakan nama sendiri.
p.s: Kalau ikutkan kata pegawai di kaunter SSM, semua proses ini boleh skip tanpa perlu hadir ke kaunter. Cuma perlu login ke www.mydata-ssm.com.my. Tapi siang tadi dah 3-4 kali aku cuba sign-up, semuanya gagal. Hmmmm..
Kena saba sikit berurusan dengan portal kerajaan. Mereka guna server cap ayam.
Nice info. Lepas ni senang kalau nak renew lesen perniagaan..
nice artikel mudah lah nanti nak ikut cara ni
lagi senang buat urusan dalam talian ni. jimat masa, kos nak ke lokasi, duit parking… eh..semua jimat laaa
Kalau walk in pergi renew kat mesin pun boleh. Senang saja
Kalau mesin kat mana sis, ssm ke
berapa lama proses siap Sijil SSM lepas renew melalui online yea. ??
Saya selalu pergi bsn kalau nak renew, kalau ssm ada hari selasa je kat tempat saya ni…nak hari2 ada kena pergi jauh ke ipoh la jawabnya.
Tengah fikir jgk ni patut ke bt online tu..
terima kasih tuan, perkongsian info yang amat bermanfaat sepenuhnya kepada peniaga2 baru yang nak renew ssm ni. Agak pening juga pada mulanya.
Dah lama2 nanti biasalah tu. 🙂