in

Renew Lesen Di UTC


Nak renew lesen memandu sekarang dah makin mudah. Kalau dulu boleh pergi ke pejabat pos yang terdekat, tetapi terhad kepada hari bekerja dan hanya boleh berurusan disiang hari.

Tetapi kini dengan adanya UTC, nak perbaharui lesen memandu atau apa-apa yang melibatkan urusan kerajaan, bila-bila masa pun boleh.

Sabtu lepas, dek kerana baru terperasan lesen aku dah tamat tempoh hampir sebulan lamanya.. aku gagahkan diri juga ke UTC Sentul (kurang sesak berbanding nak ke UTC Pudu Sentral).

UTC Sentul - Urban Transformation Centre

Untuk pengetahuan, memperbaharui lesen di UTC memang mudah. Tidak perlu bawa gambar dan ianya beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10.oo malam (setiap hari). Apa yang diperlukan hanyalah dengan membawa wang yang mencukupi bagi tujuan pembayaran.

  • RM30 untuk setahun
  • RM60 untuk 2 tahun

JPJ UTC

Ini adalah contoh lesen memandu baru aku. Siap dalam tempoh masa tidak sampai 15 minit. Kacak dan bergaya.

Renew lesen di UTC Sentul

By the way, dengan adanya inisiatif kerajaan untuk wujudkan UTC ini, bagi pendapat aku ianya memang bagus. Sangat-sangat membantu bagi orang-orang yang susah nak apply cuti especially macam aku. Terima kasih gomen.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Betul tu bro.. semakin mudah urusan kita, dengan adanya UTC.. sebab pada hujung minggu pun jabatan2 kerajaan beroperasi.. 😉

Leave a Reply to fazrol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *