Nak renew lesen memandu sekarang dah makin mudah. Kalau dulu boleh pergi ke pejabat pos yang terdekat, tetapi terhad kepada hari bekerja dan hanya boleh berurusan disiang hari.
Tetapi kini dengan adanya UTC, nak perbaharui lesen memandu atau apa-apa yang melibatkan urusan kerajaan, bila-bila masa pun boleh.
Sabtu lepas, dek kerana baru terperasan lesen aku dah tamat tempoh hampir sebulan lamanya.. aku gagahkan diri juga ke UTC Sentul (kurang sesak berbanding nak ke UTC Pudu Sentral).
Untuk pengetahuan, memperbaharui lesen di UTC memang mudah. Tidak perlu bawa gambar dan ianya beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10.oo malam (setiap hari). Apa yang diperlukan hanyalah dengan membawa wang yang mencukupi bagi tujuan pembayaran.
- RM30 untuk setahun
- RM60 untuk 2 tahun
Ini adalah contoh lesen memandu baru aku. Siap dalam tempoh masa tidak sampai 15 minit. Kacak dan bergaya.
By the way, dengan adanya inisiatif kerajaan untuk wujudkan UTC ini, bagi pendapat aku ianya memang bagus. Sangat-sangat membantu bagi orang-orang yang susah nak apply cuti especially macam aku. Terima kasih gomen.
Betul tu bro.. semakin mudah urusan kita, dengan adanya UTC.. sebab pada hujung minggu pun jabatan2 kerajaan beroperasi.. 😉
So far, tak pernah lagi buat urusan di UTC…
Buat kat Pejabat Pos pun laju gak , senang kan tak yah amik gambar bagai, dia amik gambar ic kete jer kan .
Kiranya ambil gambar dekat sana la ek?
haaaaa…. ia memudahkan kita.. terima kasih UTC..
fungsi UTC ini nampak ketara dan lebih memudahkan sebarang urusan penting
Tu la kan…. kalau boleh diperbanyakkan lagi UTC tapi yang paling best lagu tema dia la kan….
2015 baru aku kena renew lesen..tak kacak lagi nampaknya dengan lesen baru tu
Thanks for the info 🙂