in ,

Rekaan Terbaru Dari Lima Waktu Untuk Koleksi Syoknyeee Raya 2017


Popular tahun lepas, kurta dan jubah jenama Lima Waktu. Semua gara-gara viral di laman sosial Facebook. Ada juga beberapa orang diantara rakan terdekat aku pun yang merupakan antara pelanggan yang membeli kurta jenama ini.

Dalam hati aku, tak faham apa yang best sangat dengan kurta Lima Waktu ini. Mungkinkah disebabkan trending saja ataupun sebab keselesaan memakai.

Selepas beberapa bulan nak masuk raya tahun 2017 dah pun, aku masih tertanya-tanya lagi sehinggalah aku memilikinya sendiri pada tahun ini.

Sejurus memegangnya kurta Lima Waktu buat kali pertama, baru aku tahu.. populariti kurta Lima Waktu ini meningkat naik secara mendadak bukan kerana trending marketing semata-mata, tetapi seiring dengan kemasan kualiti yang disediakan kepada pelanggan.

Jahitan kemas. *Design 2016
Belahan tepi kurta Lima waktu. *Design 2016

Jujur buat masa sekarang kurta Lima Waktu antara baju kegemaran aku, bukan sahaja kerana ianya cantik dipakai namun kualiti kain yang digunakan memuaskan hati aku.

Lembut, tebal dan tak panas. Kualiti kain seperti ini yang diidamkan oleh aku setiap kali ingin menempah baju raya.

Dengan harga RM90 untuk sehelai kurta berkualiti sebegini (harga kurta design lama selepas diskaun), sudah semestinya worth to buy.

Yelah, harga baju melayu pun dah mahal sekarang. Mencecah ratusan ringgit pun ada. Tapi kalau nak yang murah, kualitinya korang faham-faham je lah kan.

Koleksi terbaru Lima Waktu

Baru-baru ini aku dijemput untuk menghadiri fashion show Lima Waktu untuk koleksi terbaru mereka.

Bertempat di Royal Chulan Damansara, rekaan terkini nampak lebih kemas dengan pilihan warna yang lebih menarik.

Logo di poket depan sebagai lambang kemegahan Lima Waktu, simbolik kepada jenama ini. Boleh dikatakan Lima Waktu adalah satu jenama kurta yang premium dengan kemasan kualiti yang tinggi serta rekaan minimalis. Terbaik!

Dilengkapkan lagi koleksi mereka bukan sahaja terhad kepada kurta, namun terdapat juga jubah.

Pada tahun ini, aku difahamkan bahawa jenama Lima Waktu turut berkolaborasi dengan pasangan artis terkenal iaitu Wawa Zainal dan juga Aeril Zafrel.

Melalui hasil kerjasama ini, terhasilnya koleksi Koleksi Syoknyeee Raya untuk seisi keluarga yang mana ianya dilengkapkan dengan baju raya kanak-kanak serta baju perempuan.

Hebat kan? Jenama yang semakin dikenali ramai seiring dengan usaha keras pemiliknya.

Sedikit sebanyak info mengenai jenama Lima Waktu

Merupakan sebuah syarikat pengeluar baju lelaki muslim yang ditubuhkan pada tahun 2016. Diasaskan oleh anak-anak muda, diinspirasikan daripada laman Facebook Lima Waktu.

Mempunyai 2 rakan kongsi yang sangat berdedikasi iaitu Amirul Afiq Mahadhir dan Syed Fernash Syed Badlishah, produk pertama keluaran mereka ialah Jubah Lima Waktu manakala produk kedua iaitu Kurta Hajj yang mendapat permintaan tinggi kerana potongan badan yang menarik.

Sedikit sebanyak info mengenai Wawa Zainal dan Aeril Zafril

Mereka merupakan pasangan artis popular Malaysia. Mereka viral dengan video romantik hindustan yang dikongsikan secara meluas dilaman media sosial baru-baru ini.

Mereka pernah mengeluarkan koleksi baju wanita dan jubah lelaki dibawah jenama WA Clothing. Dan pada tahun ini pula mereka bekerjasama dengan jenama Lima Waktu untuk projek raya.

Nota: Bagi senarai harga terkini dan juga gambaran yang lebih jelas untuk koleksi-koleksi terbaru Lima Waktu, sila layari laman web mereka di www.limawaktu.my.

p.s: Rasa nak beli satu set. Sedondon keluarga di hari raya. Hehehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *